Thursday, 12 May 2016

Hadiah Paling Unik Untuk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Hadiah paling unik untuk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016 yang akan berlangsung di Muzium Padi Kedah bakal mengetengahkan keunikannya tersendiri dengan menawarkan hadiah utama cabutan bertuah berupa seekor lembu.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Kamarul Baharin A Kassim berkata dengan keunikan sebegitu, karnival yang bermula 15 hingga 21 Mei ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung tempatan dan pelancong asing.

“Idea unik ini pertama kali diadakan dan selain berpeluang memenangi hadiah utama berupa seekor lembu, pengunjung turut berpeluang memenangi seekor kambing, 10 ekor ayam dan 10 ekor itik,” katanya pada sidang media bersempena sambutan itu, di sini hari ini.

Hadiah paling unik untuk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Beliau berkata selain keunikan itu, karnival bertemakan ‘Muzium dan Landskap Budaya’ itu bakal menonjolkan kira-kira 20 program menarik bertujuan mendekatkan lagi masyarakat kepada muzium terutama di kalangan golongan muda.

“Sambutan yang dibuka kepada pengunjung bermula dari 10 pagi hingga 10 malam itu juga akan melibatkan pameran daripada 26 muzium seluruh negara yang akan mempamerkan keunikan budaya, kesenian dan sejarah negeri masing-masing kepada pengunjung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri Kedah Suhaidi Shukri berkata aktiviti yang disediakan turut mengetengahkan keunikan budaya dan warisan negeri Kedah dan Selatan Thailand.

Hadiah paling unik untuk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa

“Menerusi aktiviti seperti Orang Kuat Bendang, kami mengetengahkan pertandingan ala-ala ‘The Spartan’, di mana mereka terpaksa melalui lapan halangan seperti mengharungi sungai, mengangkut guni berisi padi dan larian di tapak sawah padi,” katanya.

Sambutan kali ini turut menyediakan persembahan artis tempatan seperti Hyper Act, Black (Mentor) dan Siti Nordiana selain program ceramah perdana menampilkan penceramah terkenal Ustaz Datuk Kazim Elias, lapor Bernama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...