Thursday, 26 May 2016

Guru Besar Didakwa Jual 'Air Suci' Di Sekolah

Guru Besar didakwa jual 'Air Suci' di sekolah. Guru besar di sebuah SJKC di Selangor didakwa menjual “air suci” di dalam sekolah. China Press melaporkan, menerusi Facebook “Orang Klang” tersebar satu catatan yang mendakwa guru besar itu juga akan mengadakan upacara keagamaan pada waktu sekolah dengan menjirus “air suci” di kepala murid-murid.

Menurut catatan di Facebook itu, “air suci” itu dikatakan boleh membantu memperbaiki keputusan peperiksaan murid serta menghalau syaitan.

Guru Besar didakwa jual 'Air Suci' di sekolah. Sekolah itu juga didakwa menjual “air suci” itu pada harga RM3 sebotol sebagai air minuman.

Malah, murid sekolah itu juga didakwa dikerah untuk mengangkat “air suci” itu untuk disimpan dalam stor sekolah dan pihak sekolah juga dikatakan menjemput sebuah stesen televisyen terkenal di China untuk merakamkan video promosi “air suci” terbabit.

Guru Besar didakwa jual 'Air Suci' di sekolah. Akhbar berbahasa Cina itu juga memetik seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen dalam catatan berkenaan sebagai mendakwa anak perempuannya pernah mengambil “air suci” itu pulang ke rumah, namun selepas beliau telah menghalang anaknya berbuat demikian selepas minum air berkenaan dan mendapati ada bau pelik.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...