Monday, 16 May 2016

Gara-Gara Nakal.. Bapa Rantai Anak Dibiarkan Berbogel

Gara-gara nakal.. bapa rantai anak dibiarkan berbogel. Seorang bapa bertindak kejam dengan membogel dan merantai anaknya di tangga luar rumah selama lima jam hanya kerana kanak-kanak itu nakal.

Menurut laporan The Star Online, kejadian itu berlaku di sebuah rumah pangsa di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu dibiarkan bogel dan dirantai di susur tangan tangga di luar rumahnya mulai jam 10 malam Sabtu hingga 3 pagi Ahad lalu sehingga menyebabkan mangsa terpaksa membuang air kecil di tangga berkenaan.

Penduduk di rumah pangsa itu yang ternampak kejadian berkenaan bertindak mengambil gambar dan video kanak-kanak terbabit sebelum memuat naik ke Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung terbabit, Frankie Kee telah menemui bapa mangsa selepas mengetahui perkara itu.

Gara-gara nakal.. bapa rantai anak dibiarkan berbogel

Lelaki berusia 40-an itu yang pada mulanya enggan bekerjasama terpaksa akur selepas dimaklumkan perbuatannya itu adalah satu bentuk penderaan yang juga kesalahan jenayah.

Dia kemudiannya merayu Kee tidak melaporkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa kerana dia adalah seorang bapa tunggal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan kejam itu lagi.

Bagaimanapun menurut jiran, ini bukan kali pertama lelaki itu bertindak demikian kerana sebelum ini dia pernah mengugut jiran-jiran yang cuba membantu kanak-kanak terbabit.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...