Saturday, 14 May 2016

(Gambar & Video) Pesawat Terbesar Didunia, Antonov 225 Mirya Mendarat Di KLIA


Pesawat terbesar didunia, Antonov 225 Mirya mendarat di KLIA. Pesawat terbesar di dunia, Antonov 225 Mriya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi tadi.

Pesawat difahamkan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Sebelum mendarat di KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar telah singgah di Republik Czech, India dan Turkmenistan terlebih dahulu.

Pesawat terbesar didunia, Antonov 225 Mirya mendarat di KLIA

Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Orang ramai telah berkumpul ditepi lapangan terbang sejak awal pagi tadi untuk menyaksikan pesawat berkenaan mendarat.




























No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...