Tuesday, 24 May 2016

Gambar & Video Kebakaran Besar Di Kampung Landung Ayang, Kudat

Gambar & video kebakaran besar di Kampung Landung Ayang, Kudat. Sekurang-kurangnya, 250 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat awal pagi Isnin.

Kebakaran mengakibatkan lebih 1,000 penduduk hilang tempat tinggal dalam bencana itu.

Di sebalik kemusnahan besar yang berlaku, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian jam 4.50 pagi itu dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum api mula merebak dengan cepat kerana keadaan berangin dan kedudukan rumah yang rapat serta diperbuat daripada papan.

Gambar & video kebakaran besar di Kampung Landung Ayang, Kudat. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata  sepasukan anggota bersama tiga jentera telah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan tentang kejadian.

Sehingga kini, usaha memadamkan api masih dijalankan. Punca kebakaran masih disiasat, lapor Awani.



250 Setinggan Musnah Terbakar Di Kudat 

Kira-kira 250 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat awal pagi tadi. 
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata Balai Bomba Kudat menerima kejadian itu membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal pada kira-kira 5 pagi tadi. 
Gambar & video kebakaran besar di Kampung Landung Ayang, Kudat 
Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak kami segera ke lokasi dan tiba enam minit kemudian bersama-sama dua jentera dan 15 anggota. 
“Api dapat dikawal pada 7.30 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada jam 10.57 pagi,” kata pusat gerakan itu dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...