Friday, 13 May 2016

Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Gambar banjir kilat di Kuala Lumpur. kawasan di ibu negara tenggelam gara-gara banjir kilat, menyebabkan pengguna dan kenderaan mereka terperangkap dalam air separas pinggang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata kawasan yang paling teruk terjejas adalah kawasan Duta Vista di Jalan Duta menuju Damansara, dan kawasan pintu gerbang Universiti Malaya di Jalan Lingkungan Budi.

Jentera bomba daripada BBP Sentul, Hang Tuah, Gombak Selatan, Seputeh dan Pantai dengan kekuatan 33 anggota diturunkan untuk membantu pengguna yang terperangkap dan menangani banjir.

Gambar banjir kilat di Kuala Lumpur. “(Di Jalan Duta) Kenderaan yang terlibat kira-kira 100 buah pelbagai jenis di sepanjang jalanraya. Anggota mengarahkan mangsa meninggalkan kenderaan masing-masing.

“(Di Jalan Lingkungan Budi) Kenderaan terlibat sebanyak 15 buah kenderaan pelbagai jenis dan 11 orang mangsa diselamatkan. Seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas,” menurut laporan yang diterima FMT.

Bomba terima panggilan mengenai situasi di Jalan Duta pada jam 7.15 malam dan penyelamat tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian. Di Jalan Lingkungan Budi, penyelamat tiba dalam masa 19 minit selepas menerima panggilan pada jam 7.39 malam.

Gambar banjir kilat di Kuala Lumpur

Kawasan Jalan Bangsar dilaporkan turut tenggelam, tetapi tiada kecemasan yang memerlukan bantuan bomba.

Pengguna media sosial yang menyedari situasi banjir kilat dengan pantas memuatnaik gambar-gambar kawasan terjejas.

Tersebar di WhatsApp seorang pemandu teksi kelihatan pasrah bersimpuh diatas bumbung teksinya yang separuh tenggelam.

“Kesian bro teksi tu dahlah Grabcar rampas rezeki dia,” twit JulesJulietta melihat gambar seorang pemandu teksi yang bersimpuh atas bumbung teksinya yang separuh tenggelam dan kelihatan pasrah, lapor FMT.











Lihat gambar-gambar di SINI.



2 comments:

  1. Ini semua angkara pembalakan yg berleluasa di kelantan ........... !

    ReplyDelete
  2. semasa berdoa utk minta hujan hendaklah memohon hujan rahmat
    yg memberi sejahtera kepada manusia.. insyaallah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...