Thursday, 5 May 2016

Facebook Buka Cawangan Di Malaysia

Facebook buka cawangan di Malaysia. Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary mengumumkan Facebook akan membuka satu cawangannya di Malaysia dan telah membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.

“Saya gembira dan teruja untuk berkongsi bahawa Facebook baru sahaja membuka sebuah pejabat di Malaysia.

“Tujuan kami untuk memberi pengguna kuasa untuk berkongsi dan menjadikan dunia lebih terbuka dan lebih terhubung.

Facebook buka cawangan di Malaysia. “Lebih 18 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setiap bulan. Itu adalah angka lebih 81% dari semua orang di internet yang berada di Malaysia.


Dan Neary turut megambil contoh syarikat Zawara yang menggunakan Facebook sebagai salah satu platfrom untuk menaikkan perniagaan mereka.

Menurut Dan, syarikat Zawara yang mula beroperasi dengan dua kakitangan kini sudah menjadi salah satu syarikat yang dikenali di Malaysia.


Tambah Dan, pihak Facebook berasa gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh Zawara dan bersedia untuk meneruskan kerjasama antara facebook dan Zawara.

“Malaysia adalah antara pemimpin dalam penggunaan digital dan inovasi di seluruh Asia Tenggara.

Facebook buka cawangan di Malaysia. “Tidak kira dalam kemasukan mudah alih atau masa yang digunakan pada telefon pintar, rakyat Malaysia mengetuai perubahan ini dan transformasi digital telah memberi impak positif kedua-dua pengguna dan perniagaan di Malaysia.

“Ini merupakan masa yang mengujakan untuk Facebook dan Malaysia. Kami mengalu-alukan lebih banyak perhubungan dengan perniagaan di masa akan datang, dan peluang untuk terus berkembang bersama-sama”, kata Dan Neary, lapor Mynewshub.











No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...