Friday, 27 May 2016

Exco MCA Kedah Keluar Parti Kerana Hudud

Exco MCA Kedah keluar parti kerana Hudud. Seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong telah bertindak keluar dari parti itu.

Tindakan itu diambil kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.

Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.

Exco MCA Kedah keluar parti kerana Hudud. “MCA sudah tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara dan hak rakyat.

“Jadi saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sekarang sehingga perkara ini ada perkembangan baru,” katanya.

Rakaman pengumuman beliau itu dimuat naik oleh sebuah akhbar Cina di laman webnya hari ini.

Berkaitan kedudukannya sebagai exco pula, Leong berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan itu kerana tidak bersalah.


Exco MCA Kedah keluar parti kerana Hudud


Yang salah adalah Umno dan BN yang tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara.

“Jadi saya serahkan kepada presiden parti dan menteri besar serta parti saya untuk mengurus hal jawatan saya sehingga mereka dapat mencari orang yang sesuai untuk mengganti saya,” katanya, lapor Malaysiakini.



2 comments:

  1. Bersyukur ke hadhrat Allah SWT, usul pindaan undang2 dan perkasakan mahkamah syariah ini diterima utk dibentangkan. Pembentangannya perlu ditangguhkan kerana masa yg tinggal utk hari tu suntuk dan tidak mencukupi bg mnerangkan hal yg besar ini. Semoga perbahasannya pd October nanti lebih jelas dan terang kpd semua Muslim dan non muslim memahami kebaikannya

    ReplyDelete
  2. Dulu berbuih mulut orang UMNO dan Bani Melayu mengatakan DAP itu umpama pig kerana menentang Hukum HUDUD. Kini mereka yang menyukai "LEMBU UMNO" pula yang turut menentang. Sindawara apa yang sedang MCA main kan?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...