Saturday, 28 May 2016

Dr Abdul Rani Osman Calon PAS Di PRK Sungai Besar

Dr Abdul Rani Osman Calon PAS Di PRK Sungai Besar.  Dr Abdul Rani Osman, seorang doktor perubatan dan anak jati Selangor, diangkat sebagai calon Parti Islam Se-Malaysia untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P09 Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab teka-teki siapakah calon parti Islam di Markas PAS Simpang 5, Sungai Besar malam tadi.

Dr Abdul Rani Osman Calon PAS Di PRK Sungai Besar. “Ini pilihan raya kecil dan kita memerlukan tokoh yang terjun bersama rakyat,” kata Hadi di hadapan 400 penyokong PAS yang hadir.

“Calonnya adalah Dr Abdul Rani Osman. Saya difahamkan, beliau ada darah Banjar dan Jawa. Semua anak Adam,” katanya, disambut hadirin yang terdiam selama dua saat sebelum meletus kepada laungan takbir.

Abdul Rani merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN bagi Meru sejak 2008. Sebelum mencerubi politik, Rani menjalankan sebuah klinik swasta ‘Fitrah’ di pekan Meru dan amat dikenali penduduk setempat.

Dr Abdul Rani Osman Calon PAS Di PRK Sungai Besar


Menurut perangkaan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sungai Besar memiliki 67.18% pengundi Melayu, pengundi Cina (31%), pengundi India (1.91%) dan kaum lain (0.23%).

Pada PRU lalu, allayarham Datuk Noriah Kasnon menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi.Di majlis malam ini, kelibat pimpinan daripada PKR tidak kelihatan walaupun PAS masih sebahagian daripada Kerajaan Selangor.

Hanya Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Sheikh Kadir Fadzir hadir menyatakan sokongan kepada rakan blok ketiga pembangkang itu.

Dr Abdul Rani Osman Calon PAS Di PRK Sungai Besar



Abdul Rani Osman sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa kasar dan halus.

Malah, Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau seorang yang penyabar dan berjanji tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap.

Setakat ini, Sungai Besar dan Kuala Kangsar hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru, apabila Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini berkata partinya akan mengumumkan calonnya di kedua-dua kawasan Parlimen 1 Jun ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...