Thursday, 26 May 2016

Datuk Seri Idris Haron Buat Pendedahan Mengejutkan..

Datuk Seri Idris Haron buat pendedahan mengejutkan. Tahap penguasaan bahasa Inggeris penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka berstatus pegawai dengan gred 41 dan ke atas adalah mengecewakan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata situasi itu merupakan sesuatu yang merunsingkan kerajaan negeri dan beliau sendiri, terutamanya dengan Melaka kini mengorak langkah untuk menjadi sebuah negeri pelabuhan bertaraf antarabangsa.

Datuk Seri Idris Haron buat pendedahan mengejutkan. “Melaka yang kini menceburi perniagaan dan perdagangan antarabangsa memerlukan pegawai (kerajaan negeri) berbahasa Inggeris dengan cekap dan berkesan terutamanya bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

“Kita telah mengarahkan pihak terlibat untuk mendapatkan maklumat tentang pegawai yang mempunyai masalah berbahasa Inggeris dan akan menjalankan program meningkatkan tahap penguasaan bahasa tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Datuk Seri Idris Haron buat pendedahan mengejutkan


Katanya kerajaan negeri juga sedang mengatur program kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk mengadakan program intensif meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Sementara itu, Idris berkata kerajaan negeri sedang memantau dan akan mengambil tindakan terhadap kegiatan sekumpulan orang dari luar Melaka yang menjadikan Pulau Besar di sini sebagai kawasan penempatan mereka.

Beliau berkata kumpulan itu telah mendirikan kira-kira 30 buah khemah di pulau itu dan membentuk sebuah kejiranan secara haram di pulau yang terkenal dengan aktiviti pelancongan itu.

Datuk Seri Idris Haron buat pendedahan mengejutkan. “Kita khuatir sekiranya terjadi gejala yang tidak diingini terutamanya melibatkan keselamatan, kita juga melihat akibat penempatan ini, tahap kebersihan semakin merosot.

“Saya sendiri akan ke Pulau Besar nanti untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan menyelesaikan segala permasalahan ini,” katanya, lapor Bernama.


1 comment:

  1. Itulah akibatnya pabila melantik atau menemuduga sesaorang pegawai kerajaan memerlukan kelulusan mengikut kupayaan bukanya mengikut kecantikan rupa paras atau siapa yang kita tau dan bukannya apa yang kita tahu,ini tidak jika kita kenal sesorang ketua jabatan atau orang berpengaruh menyokong permohonan sesarang yang memohon jawatan tanpa kelulusan secukupnya pun sudah tentu akan diserapkan kejawatan yang belum tentu dapat dijalan tugas dengan sempurna sebab itulah kita lihat hari ini jabatan kerajaan lintang pukang dengan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...