Sunday, 1 May 2016

DAP Pulau Pinang Makin Menyengat..

DAP Pulau Pinang makin menyengat. Bekas pegawai kanan TUDM Mejar Zaidi Ahmad menyertai DAP secara rasmi hari ini.

Zaidi mendapat perhatian ramai beberapa tahun lalu selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung kontroversi dakwat kekal yang ‘tidak kekal’ ketika PRU ke-13, dan dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera atas tindakannya itu.

Beliau kemudian menyertai PAS, sebelum berubah haluan dan menyertai Amanah.

Mengulas penyertaannya dalam DAP, Mejar Zaidi berkata apa yang penting beliau masih bersama Pakatan Harapan.

Beliau berkata, menjadi harapannya agar penyertaannya itu dapat mengubah tanggapan bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam.

“Jika penyertaan saya ini dapat membantu mengubah persepsi tersebut, ia akhirnya akan turut membawa kebaikan kepada PKR, Amanah dan Pakatan Harapan secara keseluruhan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

DAP Pulau Pinang makin menyengat. Beliau merasakan DAP sebagai parti pembangkang yang paling sesuai untuk dirinya.Ketika ditanya sama ada Amanah sudah dimaklumkan dengan tindakannya itu, beliau berkata, “Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan bebas menyertai mana-mana parti.

“Pemimpin Amanah juga berbuat demikian selepas keluar daripada PAS.”Keahliannya dalam Amanah akan terbatal secara sendiri sebaik selepas beliau menyertai DAP, jelasnya lagi.

Pengumuman penyertaan Mejar Zaidi serta tujuh ahli Melayu yang lain ke parti itu dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.




1 comment:

  1. Sebagai seorg yg berprinsip, dia tak gembira dgn PAN yg masih tidak ada perlembagaan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...