Friday, 27 May 2016

Chegu Bard Dedah Rahsia Deklarasi Rakyat Raih 1.2 Juta Tandatangan

Chegu Bard dedah dahsia Deklarasi Rakyat raih 1.2 Juta tandatangan. Seorang pengaturcara komputer bebas mendakwa dijanjikan RM5,000 bagi mendapatkan 900,000 maklumat peribadi pengundi untuk digunakan sebagai tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Azharuddin Othman, 30, yang berasal dari Terengganu itu mendakwa semua maklumat peribadi pengundi diperoleh daripada data Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila dia menjadi sukarelawan pilihan raya ketika itu. 

Chegu Bard dedah dahsia Deklarasi Rakyat raih 1.2 Juta tandatangan. Bagaimanapun, dia hanya memperoleh RM1,000 pada bulan lalu sebaik selesai memberi 900,000 maklumat peribadi pengundi kepada seorang wanita bernama Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga. 

"Pada 27 April lalu, saya dihubungi seseorang bernama Ema atau Ratu Naga menerusi aplikasi WhatsApp untuk membeli 'data base' penduduk Malaysia bagi tujuan mendapatkan tandatangan 1.2 juta sebagai menyokong Deklarasi Rakyat

"Sebelum ini dia pernah mengetahui saya mempunyai sejumlah besar 'data base' yang boleh diceraikan berdasarkan beberapa kategori sebagai keperluan.

Chegu Bard dedah dahsia Deklarasi Rakyat raih 1.2 Juta tandatangan


"Namun, tandatangan sebetulnya hanya diperoleh 300,000 saja dan selebihnya diperoleh melalui 'data base berkenaan," dakwanya yang membaca akuan sumpah dalam sidang media di sini, hari ini. 

Walaupun diberi baki wang seperti dijanjikan selepas ini, dakwanya, dia tidak menyesal dan pendedahan berkenaan dibuat atas kesedaran. 

Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimana tandatangan palsu dihasilkan, dia berkata perkara itu akan didedahkan kemudian. 

Chegu Bard dedah dahsia Deklarasi Rakyat raih 1.2 Juta tandatangan. Sementara itu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata tidak dinafikan terdapat sesuatu perkara yang pelik berlaku apabila dengan mudahnya kumpulan Mahathir mendapatkan sejumlah 1.2 juta tandatangan dalam masa terdekat, lapor Berita Harian.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...