Wednesday, 1 June 2016

Calon PAS PRK Sungai Besar Terkedu.. Apa Puncanya?


Calon PAS PRK Sungai Besar Terkedu.. Apa Puncanya? Harapan calon Pas di Sungai Besar, Dr Rani Othman agar kawan beliau yang juga Adun Sekinchan, Ng Suee Lim membantunya dalam pilihan raya kecil (PRK) nampaknya tidak kesampaian. 

Ini kerana, belum lagi nama calon Amanah diumumkan, Ng Suee Lim  sudah berkempen agar pengundi beliau di Sekinchan mengundi calon rakan komponen Pakatan Harapan itu.

"Yb Sekinchan sudah awal-awal berkempen untuk calon Amanah sedangkan Amanah belum lagi umumkan siapa calon mereka di Sungai Besar ......????" tulis Dr Rani dalam facebooknya hari ini. 

Calon PAS PRK Sungai Besar Terkedu.. Apa Puncanya? Sebelum ini, dalam temuramah dengan lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Dr Rani berharap kawan beliau dalam "Geng 52" itu akan menyokongnya dalam pilihan raya kecil kali ini. 

"Saya sangat berharap Adun Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya. 

"Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," kata Dr Rani sebagaimana dipetik Harakahdaily. 

Malam semalam ketika berucap dalam satu majlis di sebuah restoran, Ng Suee Lim telah mengajak penyokongnya agar menyokong calon Amanah. 

Gambar beliau memegang contoh kertas pencalonan dengan tiga logo iaitu BN, Pas dan Amanah, beliau meminta orang ramai memangkah calon Amanah. 

Calon PAS PRK Sungai Besar Terkedu.. Apa Puncanya?


Sokongan pengundi Cina yang membentuk 33% pengundi di Sungai Besar kali ini akan menentukan calon mana yang akan menang selepas pengundi Melayu akan berpecah dua antara BN dan Pas. 

BN meletakkan Adun Sungai Panjang Budiman Radzi manakala Pas meletak Adun Meru, Kapar, Dr Rani Othman sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil kali ini. 

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pengundian akan dibuat pada 15 Jun, lapor Malaysia Dateline.



4 comments:

  1. berapa punya tak ada maruah...
    macamna pas boleh minta tolong dengan dap untuk menang kan pas..sedang kan dap punya sekutu yg bertanding sama..
    tak itu pun nk bagi tau...
    dulu masa amanat haji hadi...berapa banya hubungan kekeluargaan yg putus..putus sahabat putus sedara.tak ada pun peminpin pas nk terkejut...ni dap bantu calun amanah..calun pas boleh terkejut.baru kawan baik...bukan sedara pun

    ReplyDelete
  2. Apapun gelombang tolak dan tak suka hudud adalah seumpama benci akan islam di tanah asal milik islam. Siapakah yang islam suka begitu?

    ReplyDelete
  3. Dalam era penuh fitnah ini pastikan kita fokus terhadap apad yang diperjuangkan... tidak mampu mengangkat Islam... Itu pasti mendapat pengampunan Allah... tetapi jika jelas menolak golongan yang berusaha mengangkat Islam?.. Janganlah kita hendaknya tergolong dalam golongan orang-orang yang bersekutu untuk menolak usaha memartabatkan Islam.. walau apapun jua namanya...apapu jua alasannya... pasti jelas sama ada menyokong atau menolak... Moga kita sama-sama mendapat hidayah daripada Allah...

    ReplyDelete
  4. tak minat nk komen..baca karangan korang je..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...