Sunday, 29 May 2016

Calon BN PRK Kuala Kangsar Tidak Akan Turun Kempen

Calon BN PRK Kuala Kangsar tidak akan turun kempen. Calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadualkan bermula 5 Jun depan.

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

Calon BN PRK Kuala Kangsar tidak akan turun kempen. “Tempoh syarak ini wajib saya patuhi dan saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

“Jika menurut amalan parti dan gerak kerja pilihan raya, selaku orang yang dinamakan sebagai calon, saya seharusnya berada bersama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen.

“Insya-allah, sekiranya saya diberi tanggungjawab sebagai ahli Parlimen, saya akan laksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang dirintis arwah suami saya (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad),” katanya menerusi tayangan video selepas pengumuman calon dan pelancaran jentera BN di sini semalam.

Pengumuman nama calon dan pelancaran jentera itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mastura turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta Zahid dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Calon BN PRK Kuala Kangsar tidak akan turun kempen


“Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada rakyat Kuala Kangsar.

“Pilihan raya ini bukan soal saya, tetapi BN sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat di sini,” katanya.

Sementara itu, anak sulung Mastura, Wan Emir Astar, 26, berkata keluarganya terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih ibunya untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat Kuala Kangsar.

“Biarpun kami masih berkabung dengan kehilangan arwah papa tetapi kita perlu meneruskan kesinambungan dan legasi arwah papa sebelum ini.

Calon BN PRK Kuala Kangsar tidak akan turun kempen. “Ibu kami selalu berdamping dengan arwah papa 24 jam dan beliau lebih memahami apa yang warga Kuala Kangsar perlukan,” katanya sambil menambah beliau dan tiga lagi adik beradik akan membantu Mastura.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...