Monday, 9 May 2016

Cahaya Unik Muncul Di Langit Menggemparkan Penduduk

Cahaya unik muncul di langit menggemparkan penduduk. Satu fenomena unik dikesan berlaku di Tanjung Malim, Perak semalam apabila sebaris cahaya menyerupai aurora muncul di langit kawasan itu.

Perkara itu dilaporkan beberapa netizen yang sempat mengambil gambar keadaan berkenaan.

Namun, tidak banyak maklumat yang dikepilkan dalam caption bersama gambar-gambar yang dimaksudkan.

Cahaya yang muncul di celah-celah awan di Tanjung Malim itu berwarna merah keemasan tetapi hanya bertahan sekitar tempoh 15 minit.

Seorang netizen lain bagaimanapun memberikan penjelasan akan apa yang berlaku itu sebagai bukan aurora, tetapi fenomena pembiasan cahaya disebabkan cyrstal structure dan water droplets dalam awan.

Kepada siapa yang faham…maka itulah antara penjelasan yang ada.

Cahaya unik muncul di langit menggemparkan penduduk.  Aurora adalah satu fenomena cahaya di langit yang selalu berlaku pada waktu malam di negara dengan latitut tinggi seperti Iceland.

Apa yang dilihat di Tanjung Malim itu belum dapat dipastikan sepenuhnya kerana ia berlaku di waktu siang, lapor Mynewshub.






Lihat video di SINI.



1 comment:

  1. Orang melayu yg separuh terpelajar ataupun pakar biasanya akan buat kenyataan berdasarkan apa yg mat saleh cakap terlebih dahulu, lepas tu baru fikir pelan2 cari jawapan betul ke apa yag diaorang cakap sebelum tu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...