Tuesday, 17 May 2016

Bung Mohktar Terlanjur..

Bung Mohktar terlanjur. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin disifatkan sebagai seorang yang terlalu ’emosional’ apabila mencadangkan agar polis menembak penagih dan pengedar dadah bagi menyelesaikan gejala sosial itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebarang tindakan yang diambil polis haruslah mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Oleh itu, cadangan Bung itu tidak boleh dilaksanakan kerana tidak sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang ada dalam negara ini.

Bung Mohktar terlanjur. “Kita tak boleh emosional dalam memberi pandangan atau tindakan. Sebarang tindakan mesti berlandaskan peraturan dan undang-undang,” katanya dalam satu sidang media selepas menyampaikan Majlis Serah/Tugas Jawatan Pengarah Jabatan KDNKA, di MES Pegawai Kanan Bukit Aman.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas cadangan Bung Moktar mengenai penyelesaian drastik bagi membendung masalah salah guna dadah di negara ini.

Terdahulu, Bung meminta kerajaan mengikut cara negara Brazil menangani masalah tersebut tanpa membawanya ke mahkamah, tetapi mengarahkan polis yang menyamar supaya menembak penagih dan pengedar dadah.

Bung Mohktar terlanjur

Mengulas lanjut, Khalid berkata beliau juga tidak pasti sama ada Brazil melaksanakan langkah sedemikian.

“Saya tak tahu sama ada betul ke Brazil buat begitu. Sudah semestinya (undang-undang) tak sesuai kerana tidak mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak boleh dilaksanakan di negara kita,” katanya.

Bung mengutarakan pandangan itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan Rakyat semalam.



1 comment:

  1. elok je penagih dan pengedar ni digunapakai tenaga mereka di lading sawit...suruh kait dan bajakan poko sawit...keliling lading di jaga oleh askar...sapa cuba lari tembak di kaki...so selesai masalah tenaga kerja dan selesai masalah askar yang banyak masa....#comeyla

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...