Monday, 30 May 2016

BN Sukar Menang Di PRK Kuala Kangsar Dakwa Penganalis Politik

BN sukar menang di PRK Kuala Kangsar dakwa Penganalis Politik. Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN.

Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan “panas”.

BN sukar menang di PRK Kuala Kangsar dakwa Penganalis Politik. “Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut.

“(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar),” katanya.

Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut.

BN sukar menang di PRK Kuala Kangsar dakwa Penganalis Politik


“Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

BN sukar menang di PRK Kuala Kangsar dakwa Penganalis Politik. Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...