Sunday, 29 May 2016

BN Bakal Berpecah.. Bukti Baru Tersebar

BN bakal berpecah.. bukti baru tersebar. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengugut untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-undang (RUU) Syariah yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan di Parlimen.

Bercakap kepada Star Online, Tiong Lai yang juga presiden MCA berkata beliau, dengan bantuan parti komponen BN akan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan RUU itu diluluskan.

“Jadi jika kami tidak boleh berbuat begitu, kami akan berkorban. Saya akan letak jawatan.

BN bakal berpecah.. bukti baru tersebar.  “Tidak ada gunanya saya terus di sini. Saya perlu bertegas dalam hal ini. Saya terfikir untuk bercakap mengenainya pada sidang media semalam (Jumaat),” katanya dipetik bercakap kepada portal itu.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata beliau berharap ia tidak sampai ke tahap itu, menggesa ahli Parlimen semua parti politik menolak RUU itu yang dibentangkan pada Khamis.

Dalam satu kenyataan bersama tiga pemimpin parti komponen BN, Tiong Lai melahirkan rasa tidak senang mereka apabila RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat, tetapi dipercepatkan tanpa terlebih dahulu dengan Kabinet atau ahli majlis tertinggi gabungan itu.

BN bakal berpecah.. bukti baru tersebar


Meskipun Tiong Lai akan meletakkan jawatan jika RUU itu diluluskan, beliau memberitahu The Star beliau percaya MCA akan kekal dalam gabungan itu.

Pemimpin MCA lain tidak perlu mengikut jejaknya kerana menurut Tiong Lain, pendiriannya dibuat atas kapasiti sebagai menteri.

“Saya belum mahu bercakap mengenainya (MCA dalam BN). Saya fikir menghentikan RUU itu sekarang lebih penting berbanding menunjukkan emosi.

“Anda perlu bercakap dalam semangat Barisan dan menggunakan kuasa dalam Barisan untuk menghentikan RUU itu.

“MCA harus teruskan (dalam BN). Tetapi saya bersedia untuknya (meninggalkan Kabinet). Saya tidak bimbang dengan apa saya cakap.”

RUU dibentangkan Hadi untuk meminda Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 patutnya dibahaskan pada Khamis juga, tetapi beliau sendiri meminta ia ditunda ke sidang Parlimen pada Oktober.

BN bakal berpecah.. bukti baru tersebar


Jika RUU itu menerima lampu hijau daripada Dewan Rakyat, ia akan membuka laluan kepada PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menjadi menteri kedua membuat janji seumpama itu, berkata walaupun parti menghormati Islam sebagai agama rasmi negara, cubaan Hadi itu dibimbangkan mengusik prinsip perlembaan.

“Cadangan Hadi dalam seksyen 2A juga tidak jelas. Kita tidak dapat tafsir tujuan perundangannya.

BN bakal berpecah.. bukti baru tersebar.  “Kita tidak boleh mempunyai sistem keadilan jenayah untuk orang Islam dan satu lagi untuk bukan Islam. Perlu ada keseragaman undang-undang dan kita tidak boleh membenarkan sebarang pertindihan,” katanya kepada The Star hari ini.



2 comments:

  1. itu keluhan dari bukan islam dan orang Islam sendiri bagaimana

    ReplyDelete
  2. Org islam kena bertegas.. urusan ini tak de kena mengena dgn bukan islam..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...