Tuesday, 24 May 2016

Berita Sedih Buat PKR

Berita sedih buat PKR. Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa dilaporkan telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.

Berita sedih buat PKR. “Ziarah Cikgu Fariz di Hospital Sultan Mizan tengah hari ini (semalam). Sedih melihat keadaan beliau yang derita akibat diabetes,” katanya menerusi catatan di Facebooknya kelmarin.

Wan Azizah juga berharap keluarga Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia itu bersabar atas ujian yang diberikan Allah.

“Terima kasih di atas kerjasama baik pihak hospital, harap Cikgu Fariz dan keluarga bersabar dengan urusan Allah. Moga dipermudahkan segala urusan,” ujar beliau lagi.

Berita sedih buat PKR


FMT sedang berusaha menghubungi Fariz dan beberapa pimpinan tertinggi PKR bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan beliau.

Menurut laporan KeadilanDaily sebelum ini, Fariz dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju sejak 13 Mei lalu, selepas beliau terjatuh dalam bilik air rumahnya, lapor Free Malaysia Today.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...