Saturday, 14 May 2016

Banjir Besar Bakal Berlaku Hujung Tahun Ini?

Banjir besar bakal berlaku hujung tahun ini?Rakyat Malaysia perlu lebih bersedia menghadapi musim monsun yang lebih lembap kesan daripada udara panas akibat fenomena La Nina yang dijangka berlaku pada akhir tahun ini.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata lebih banyak hujan akan berlaku pada tempoh itu, sekali gus memungkinkan masalah banjir yang serius di negara ini.

Katanya, ramalan itu konsisten dengan analisis terkini Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Pertubuhan Bangsa Bersatu pada April, ia hampir 70% akan berlaku pada akhir tahun ini.

Banjir besar bakal berlaku hujung tahun ini? Malah suhu sub-permukaan terkini pada kedalaman 50 hingga 200 meter merentasi Lautan Pasifik memberi petanda suhu lebih sejuk daripada biasa, katanya.

“Itu petanda kuat pembentukan La Nina. Keadaan ini memulakan proses yang menjadikan permukaan laut lebih sejuk daripada biasa untuk beberapa bulan akan datang, menandakan permulaan La Nina,” katanya.

Tangang berkata, kebiasaannya selepas berlaku El Nino yang kuat, sistem itu akan turut memberi kesan kepada keadaan La Nina.

Bagaimanapun, katanya masih awal untuk meramalkan adakah intensiti La Nina tahun ini akan sama kuat dengan fenomena El Nino sekarang, kerana berdasarkan kejadian El Nino dan La Nina sebelum ini, El Nino kuat tidak semestinya akan diikuti La Nina yang kuat.

“La Nina akan mengukuhkan angin timur di seluruh Pasifik dan menolak kelembapan ke barat, menjadikan rantau sebelah sini lebih lembap dan musim monsun dengan jumlah hujan lebih tinggi.

“Dalam keadaan begini, kemungkinan berlaku banjir adalah tinggi terutama di kawasan rendah,” katanya.

Beliau berkata kekerapan hujan yang berlaku ketika ini ketika musim panas, bukan menandakan permulaan fenomena La Nina.

Banjir besar bakal berlaku hujung tahun ini?

Sebaliknya, ia menandakan cuaca akan kembali kepada keadaan normal.

“Di pantai barat Semenanjung khususnya, kitaran diurnal berlaku dengan baik seperti yang ditunjukkan menerusi hujan pada tengah hari dan petang yang kita alami sekarang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tangang berkata perkembangan teknologi dan jaringan global terhadap pemantauan iklim dan lautan membolehkan saintis membuat ramalan keadaan cuaca yang dikaitkan dengan El Nino atau La Nina, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum ia berlaku.

Katanya, pakar terutama pembuat dasar harus mengambil kesempatan daripada data penting itu dan menggunakannya bagi membuat perancangan awal untuk menangani atau mengurangkan kesannya terhadap sebarang bencana alam.

Banyak data mengenai pembangunan iklim boleh diakses secara mudah dalam waktu sebenar daripada agensi seperti NOAA dan Pusat Iklim APEC, katanya, lapor Bernama.




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...