Monday, 23 May 2016

Azmin Ali Kemukakan Soalan Pedas Buat SPRM

Azmin Ali kemukakan soalan pedas buat SPRM. Tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng petang tadi disifatkan sebagai mencurigakan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian sambil mempersoal keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

Azmin Ali kemukakan soalan pedas buat SPRM. “Walaupun serbuan yang dilakukan itu dengan kehadiran Guan Eng, isterinya Betty Chew dan peguam mereka, tindakan tersebut menimbulkan persoalan.

“Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini sama sekali berbeza dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan kes ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir tiada sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau juga mempersoal jika serbuan sedemikian pernah dilakukan oleh SPRM di kediaman Najib.

Azmin Ali kemukakan soalan pedas buat SPRM


“Jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?” soalnya.

Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.

Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn kira-kira jam 3.15 petang tadi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...