Tuesday, 10 May 2016

Asmuni Abdullah, Kisah Disebalik Mangsa Helikopter Terhempas

Asmuni Abdullah, kisah disebalik mangsa Helikopter terhempas. Para sahabat Asmuni Abdullah di Guam, Amerika Syarikat memberikan penghormatan terakhir kepadanya, individu yang dikenali mereka sebagai “Coach (jurulatih) Muni”, lapor Pacific Daily News.

Minggu lalu, ramai rakyat Malaysia mula mengenali Asmuni sebagai suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Pasangan suami isteri itu adalah antara enam mangsa yang terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di Sebuyau, Sarawak ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Di Guam, Coach Muni meninggalkan legasinya dalam arena bola sepak belia di kepulauan itu.

Asmuni Abdullah, kisah disebalik mangsa Helikopter terhempas. Selama beberapa tahun, Asmuni yang juga bekas pemain dan pengadil, menjadi jurulatih kepada pasukan bola sepak belia Orange Crushers.

Presiden Persatuan Bola Sepak Guam (GFA) Richard Lai berkata Asmuni ialah seorang rakan dan teman sekerja yang baik, serta penyokong tegar pembangunan akar umbi bola sepak di Guam.

“Sebagai sukarelawan dalam pelbagai jawatankuasa GFA, beliau banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan dan pembangunan GFA,” kata Lai, dan menambah Asmuni banyak terlibat dalam melengkapkan tiga Projek Gol FIFA yang terawal bagi Guam.

Seorang lagi rakannya, Robert Torres berkata kehadiran Asmuni membawa kesan besar terhadap golongan belia di pulau itu dan beliau sering melihat kepada kualiti setiap kanak-kanak yang menjadikan mereka istimewa.

Asmuni Abdullah, kisah disebalik mangsa Helikopter terhempas

“Beliau dapat menyampaikan kepada mereka, tidak kira betapa bagus anda, sama ada anda superstar atau tidak, anda ialah kanak-kanak yang istimewa dan boleh menyumbang kepada pasukan.”

Torres berkata Asmuni yang juga imam di masjid Guam ialah individu positif, setia dan tradisional dalam caranya tersendiri.

“Ada satu ayat yang Asmuni sering ungkapkan iaitu bila Tuhan ambil sesuatu daripada anda, Dia selalu akan beri sesuatu yang lebih baik,” kata Torres.

“Itulah cara dia melihat anak-anak ini. Dia sangat positif dan mereka suka bermain untuknya.”

Asmuni selamat dikebumikan pada Ahad lepas, berhampiran pusara Noriah.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...