Monday, 30 May 2016

Anak Jati Kuala Kangsar Tolak Calon BN

Anak Jati Kuala Kangsar Tolak Calon BN. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir digesa supaya menukar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail membuat gesaan itu kerana merasakan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid hanya memberi kelebihan kepada PAS.

Anak Jati Kuala Kangsar Tolak Calon BN. “Saya anak jati Kuala Kangsar dan dibesarkan di sana dan saya merasakan tindakan yang dibuat pucuk pimpinan terutama Dr Zambry amat memeranjatkan dan ini sebenarnya berkemungkinan memberi impak yang negatif kepada UMNO dan BN.

“Ada masa lagi tukar calon lain. Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar mohon pucuk pimpinan menukar calon sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini,” katanya kepada FMT.

Sebelum itu, Syed Rosli juga telah memuat naik beberapa status yang agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes dengan pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

Anak Jati Kuala Kangsar Tolak Calon BN


Menjelaskan bantahannya, Syed Rosli berpandangan calon PAS mempunyai ciri-ciri tertentu yang memberi kelebihan kepada kempen parti Islam itu sekiranya Mastura kekal calon BN.

“Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

“Selain itu calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana,” jelasnya.

Anak Jati Kuala Kangsar Tolak Calon BN.  Sementara itu, Syed Rosli turut mengkritik pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar.

“Sepatutnya dia (Budiman) menolak dan beri peluang calon lain. Kita mahu barisan pelapis muda yang lebih layak dan sedang menunggu peluang daripada BN,” katanya.



1 comment:

  1. TUNGGU SAMPAI MATI BARU NAMA DI CALONKAN.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...