Friday, 13 May 2016

Amaran Dari Pengundi PRK Kuala Kangsar

Amaran dari pengundi Kuala Kangsar. “Kami mahukan pemimpin yang mampu menepati janji dan tidak sekadar memberi ‘gula’gula,” demikian antara suara hati pengundi muda menjelang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Mohd Zuhair Zaini, 25, berkata generasi muda di kawasan itu sememangnya mendambakan perubahan dan pembangunan namun apa yang penting adalah pemimpin yang menepati janji.

“Kami tak mahu calon yang hanya datang beri duit atau ‘gula-gula’ semasa kempen kemudian lupa janji mereka, kami bukan seperti generasi dahulu yang mudah terpedaya dengan cara sebegitu,” katanya kepada kepada Bernama hari di sini hari ini.

Nurul Amira Rojili, 26, turut senada dengan Mohd Zuhair yang mahukan pemimpin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama beliau akan mengundi.

Amaran dari pengundi PRK Kuala Kangsar. “Saya baru pertama kali ingin mengundi di sini, jadi tak kisah sangat siapa yang bertanding tetapi saya inginkan calon yang bertanggungjawab dan tepati janji,” katanya.

Dalam pada itu, Jefri Din, 46, berkata beliau mahukan pemimpin yang dapat menyambung legasi bekas Anggota Parlimen terdahulu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Saya lebih sukakan calon muka baru supaya dia tak tercalit dengan apa-apa masalah,” katanya.

Ditanya mengenai pendapat mengatakan isteri Allahyarham Wan Mohammad mungkin dipilih sebagai calon, beliau berkata ia mungkin satu cadangan yang baik.

“Apa salahnya, walaupun Datin Mastura bukan ahli politik tetapi dia sudah dikenali rakyat sini dan rapat dengan rakyat, lagi pun beliau lebih mengenali dan memahami kehendak arwah suaminya,” katanya.

Sementara itu bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chandan, Maslin Sham Razman berpadangan calon yang diletakkan haruslah mempunyai pendekatan yang hampir serupa dengan Allahyarham Wan Mohammad.

Amaran dari pengundi PRK Kuala Kangsar

“Arwah Datuk Wan dahulu mudah, mesra, dinamik, tidak terlalu berprotokol dan yang penting adalah sayangkan rakyat Kuala Kangsar. Kalau boleh, biarlah calon tempatan,” katanya.

Bagi Adun Manong, Mohd Kamil Shafie pula, beliau percaya pucuk pimpinan lebih mengetahui siapa yang sesuai menjadi calon untuk memastikan kerusi Parlimen Kuala Kangsar kekal milik Barisan Nasional.


“Kesedihan atas pemergian wakil rakyat sebelum ini masih dirasai jadi siapa yang menjadi calon bukan isu utama kerana dia hanya mengisi untuk menamatkan penggal ini sahaja, tumpuan sebenar adalah Pilihanraya Umum akan datang,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan PRK Kuala Kangsar akan diadakan serentak dengen PRK Sungai Besar di Selangor pada 18 Jun depan, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Kedua-dua PRK itu perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lepas, lapor Bernama.




3 comments:

  1. ye kamil shafie anak dato shafie adun baru kita!

    ReplyDelete
  2. Jgn janji smpi guna nama Allah...tapi lepas tu kafarah kambing sudah la...kot mana amik fatwa pun x tau la...masa nk bertanding bkn main bersungguh2 berjanji...lps menang...tuiiii

    ReplyDelete
  3. kita org kuale x pronoh berpaling tadoh drp agama Islam dan bangse kite, walau kemarin peronoh jatuh, tp kuale ttp sama.

    Kami di kuale khasnya dan Perok amnya, x peronoh lari dr asal walau negeri kami dpt nye x seberape. Ape yg kite dapat yob x byok mane, tapi kerana masih sayang wasiat raja2 melayu sblm merdeka kami tadoh je le.

    Di harap kali ni kenang le kami dan yg memimpin nanti bawok le k kebajikan. kami x mintok mewoh, tp sekadar ade kemudahan dan perlindugan kami mengamalkan Islam dgn aman

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...