Wednesday, 4 May 2016

Ahli Parlimen Klang Hanya Diberi 24 Jam Berada Di Sarawak

Ahli Parlimen Klang hanya diberi 24 jam berada di Sarawak. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang baru mendarat di Bintulu hari ini perlu meninggalkan Sarawak esok.

Beliau berkata, selepas tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 9 pagi tadi, seorang pegawai Jabatan Imigresen memaklumkan beliau perlu meninggalkan Bumi Kenyalang esok.

“Saya tidak diberikan sebarang maklumat mahupun amaran dan hanya mengetahuinya hari ini di pusat pemprosesan.

“Apabila saya tanya seorang pegawai kanan, jawapannya ialah beliau tidak boleh berbuat apa-apa dan menerima arahan daripada pihak atasan,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Klang hanya diberi 24 jam berada di Sarawak. Charles adalah satu-satunya individu yang dihadkan berada di Sarawak selama 24 jam, beberapa ahli parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara yang turut bersamanya bagaimanapun dibenarkan terus berada di negeri itu.

Ditanya apakah tindakan seterusnya, Charles berkata, “Kempen hari ini dan tinggalkan Sarawak esok.”

Selain Charles, pemimpin pembangkang lain seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dihadkan tempoh untuk berada di Sarawak.

Ahli Parlimen Klang hanya diberi 24 jam berada di Sarawak. Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan sebagai berkata, Azmin dan Guan Eng boleh melanjutkan tempoh mereka berada di negeri itu, namun perlu menulis surat kepadanya.



1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...