Thursday, 26 May 2016

AFC Cup 2016 : Punca JDT Menang Besar Tersebar

AFC Cup 2016 : Punca JDT Menang Besar Tersebar. Pasukan gergasi bola sepak negara - JDT dengan mudah menumpaskan kelab dari Filipina, Kaya FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebentar tadi.

Pada saingan peringkat kalah mati Piala AGC 2016 itu, anak buah Mario Gomez ternyata mendominasi gelanggan mereka sendiri.

Jaringan besar 7-2 itu cukup membuktikan lagi skuad Harimau Selatan bukanlah lawan mudah, malah kini mereka menempah slot ke peringkat suku akhir.

AFC Cup 2016 : Punca JDT Menang Besar Tersebar. Walaupun keadaan padang yang basah, JDT berjaya membuka jaringan pertama oleh Juan Lucero seawal minit ke-14 melalui sepakan percuma.

JDT kemudiannya mengukuh kedudukan apabila Pereyra Diaz menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-23.

Tampil sempurna, persembahan JDT kali ini teratur di setiap posisi sekali gus menguasai permainan.

Dari barisan pertahanan, tengah, sayap dan bahagian serangan kawalan bola jentera tuan rumah sukar disangkal pasukan pelawat.

AFC Cup 2016 : Punca JDT Menang Besar Tersebar


Kaya FC sebagai pasukan baru dalam saingan musim ini mungkin lawan sebenar buat JDT.

Bagaimanapun, mereka sekurang-kurangnya mempamerkan semangat melawan yang baik dan hasilnya mampu menjaringkan dua gol.

Separuh masa pertama menyaksikan JDT menghasilkan empat gol sebelum waktu rehat iaitu dijaringkan Azamuddin Akil pada minit ke-33 dan 40.

Sementara itu, Gomez menyifatkan kemenangan anak buahnya malam ini menjadi penutup indah sebelum berehat panjang.


AFC Cup 2016 : Punca JDT Menang Besar Tersebar


Di aksi separuh masa kedua, pasukan pelawat menunjukkan kebangkitan dan mengejutkan tuan rumah melalui gol pertama dijaringkan Jose Elmer Porteria.

Namun, jaringan di minit ke-53 itu hanya memberi kegembiran seminit buat mereka apabila Lucero meledak gol kelima sejurus selepas itu.

Selepas jaringan itu, Mahali Jasuli muncul penjaring gol keenam tuan rumah sebelum Lucero melengkapkan hatriknya di ke-70.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...