Monday, 9 May 2016

2 Isu Panas Ini Bakal Menghangatkan Sidang DUN

2 isu panas ini bakal menghangatkan sidang DUN. Pembelian banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan penjualan tanah Taman Manggis dijangka dibangkitkan oleh anggota pembangkang dan penyokong kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, yang bermula Selasa ini.

Walaupun usul pindaan Perlembagaan Undang-undang Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal ditolak, persidangan dewan kali ini dijangka tetap hangat dengan dua isu yang kini ‘membelenggu’ ketua menteri, selain isu tambakan laut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Cheu mengemukakan notis usul pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri itu kepada Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang pada 31 Mac lepas dan beliau dimaklumkan usul itu ditolak melalui surat bertarikh 3 Mei.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-13 akan bermula pada 10 Mei dan disambung pada 13 Mei hingga 19 Mei ini.

2 isu panas ini bakal menghangatkan sidang DUN. Law dalam surat memaklumkan usul itu ditolak dengan alasan usul yang dicadang dengan merujuk kepada peraturan 31, 54, 86, 93 dan 109E

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang untuk meminda Fasal (9) Perkara 7 Perlembagaan negeri adalah tidak tepat.

Bagaimanapun dua isu yang mempunyai kaitan dengan ketua menteri iaitu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta oleh Lim di Jalan Pinhorn, di sini, dijangka tetap akan dibangkitkan oleh anggota-anggota dewan.

Sehubungan itu, Law berharap semua anggota DUN, sama ada daripada pihak kerajaan negeri mahupun pembangkang dapat berhujah dalam suasana yang profesional.

“Semua anggota dewan perlu ikut peraturan Mesyuarat supaya perjalanan sidang dewan lancar, kurangkan emosi demi kesihatan sendiri dan berhujahlah dengan profesional dan rasional,” katanya kepada Bernama.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas bahawa ia dibeli pada harga di bawah nilai pasaran.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah termasuk tanah Taman Manggis di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

2 isu panas ini bakal menghangatkan sidang DUN

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) Muhammad Farid Saad lega apabila usul beliau berhubung projek tambakan laut di selatan pulau negeri ini diterima oleh dewan.

“Satu-satunya usul yang diterima untuk dibahaskan kali ini, saya berasa lega kerana dapat membawa harapan besar rakyat ini,” katanya kepada Bernama.

Wakil Rakyat BN itu berkata projek tambakan laut untuk mewujudkan tiga pulau buatan manusia itu terus mendapat bantahan dan mencetuskan keresahan penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berharap usul berkenaan dapat dibahas dengan bijak dan mengambil kira semua aspek terutama melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Dalam pada itu ketua pembangkang DUN yang juga wakil rakyat Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi Bernama, mengambil sikap ‘kunci mulut’ dan tidak mahu mendedahkan apakah antara perkara yang bakal dibawa anggota dewan daripada pihak pembangkang.

“Saya tak mahu keterujaan itu hilang, tunggulah sehingga hari persidangan bermula, nanti anda semua tahulah apakan yang akan kami bangkitkan,” kata Jahara, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...