Wednesday, 20 April 2016

Titik Hitam Demokrasi Di Sarawak..

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula dihantar pulang selepas mendapati namanya tersenarai dalam kumpulan wakil rakyat Pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak, yang kini bersiap menghadapi pilihan raya negeri.

Ketua Penerangan AMANAH itu dihalang melepasi pintu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tadi, pada jam 7.55 malam.

Tiada sebab diberikan untuk sekatan itu. FMT diberitahu Khalid Samad akan dihantar balik menggunakan penerbangan yang sama.

Kejadian ini menyusuli nasib wakil rakyat DAP, Ngeh Koo Ham yang dihalang sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 9 pagi.

“Di imigresen Kuching. Dipanggil ke tepi & terpisah daripada KM Pulau Pinang & YB Chow. Mereka diizin masuk tetapi saya dihalang,” cicipnya di laman Twitter miliknya.

Menurut Ngeh, dia dihalang masuk dibawah Seksyen 65(1)(A) Akta Imigresen 1959/63.

Ahli Parlimen Beruas itu menaiki penerbangan yang sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan EXCO Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Ahli politik Pembangkang lain yang dihalang menjejak kaki ke Bumi Kenyalang termasuk Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua dan Teo Nie Ching dari DAP; Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin dan Sim Sze Tsin dari PKR; dan Mohamad Sabu dari AMANAH, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...