Sunday, 1 May 2016

Tanggungjawab RELA Sokong BN Dalam PRN Sarawak Kata Zahid Hamidi

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, sudah menjadi tanggungjawab anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

“Kita ada tanggungjawab. Yang pertama, kita mesti beri sokongan kepada Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem). Kedua, kita wajib bawa seorang lagi untuk bersama-sama kita (menyokong Adenan).

“Inilah kekuatan darah perkasa RELA dan keluarga untuk bersama-sama kerajaan, dan tentukan kita memilih BN untuk kembali memerintah,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada kira-kira 500 anggota RELA yang hadir.

Beliau berucap dalam majlis pemimpin bersama RELA dan pelancaran projek menaiktaraf bekas jalan-jalan balak Sarawak (Fasa 4): Bahagian Miri, di Dewan Masyarakat Long Lama, Telang Usan hari ini.

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi. Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA Malaysia, Kamaruddin Mohd Rafiq dalam ucapannya sebelum itu memaklumkan terdapat sejumlah 3438 anggota RELA yang berdaftar sebagai pengundi di DUN Telang Usan.

Kamaruddin juga mengumumkan kerajaan Sarawak sebelum ini menyumbangkan RM8 juta kepada RELA, yang menurutnya peruntukan terbesar yang pernah diberikan sebuah kerajaan negeri kepada badan sukarelawan itu.

Di majlis yang sama, Zahid turut mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM200 juta bagi projek menaiktaraf jalan-jalan balak di kawasan pedalaman itu.

Beliau juga menggesa penduduk Telang Usan menolak calon pembangkang yang menurutnya tidak akan mampu membawa pembangunan kepada penduduk di sini.

Tanggungjawab RELA sokong BN dalam PRN Sarawak kata Zahid Hamidi. “Kalau pilih calon lawan, tak boleh buat apa-apa. (Pembangkang) hanya pandai merungut, kutuk dan berjanji kosong.

“Kalau calon kita menang, apatah lagi menang besar, saya akan kembali ke sini dan beri peruntukan tambahan,” katanya lagi.

Turut hadir adalah penyandang DUN Telang Usan dari PBB, Dennis Ngau yang akan dicabar calon PKR Roland Engan pada hari pengundian 7 Mei ini.



1 comment:

  1. Baru tahu alowance RELA dibayar oleh BN bukan bibayar Kerajaan sampai kena setia dgn BN. Selama ini aku cuma tahun Tentera Timbalan Negeri Johor aja yg Kerajaan Johor bayar bukan duit kerajaan pusat jadi memang patut pun klau TTNJ cuma berkhidmat dan setia pd negeri Johor aja.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...