Monday, 25 April 2016

Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato' Seri MB Terengganu

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Berita Harian hari ini melaporkan, beliau hanya mengucapkan ringkas ‘terima kasih’ dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini, lapor FMT.






7 comments:

  1. bonggok dok ulang citer sama

    tak dok pangkat pon dok aper...KJ menteri tak dok pangkat pon..

    pangkat sultan dok besor mana pon, bukan buleh bowok mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pangkat sultan memang bawak ke mati. AKHIRAT esok seorang raja akan di persoalkan dan di hisab akan sifat rajanya atau pemerintahannya. Maka pangkat tersebut akan di bawa terus ke akhirat.

      Delete
  2. Bukan masalah pangkat, tapi is berkaitan perkenan sultan. Baca undang2 tubuh kerajaan negeri, apa kuasa sultan?

    ReplyDelete
  3. Mung tu pi marah juga gape...
    Same le 2x5

    ReplyDelete
  4. Setuju 100%!
    Anehnya ramai yang sanggup bayar pulohan ribu ringgit untok gelaran tersebut.

    ReplyDelete
  5. MB ibarat CEO sebuah syarikat yang bertangungjawab pada Lembaga Pengartah (sultan dalam konteks negeri. Bila Lembaga Pengarah sudah tdk suka dan marah, Setiausha Lembaga Pengarah akan diarahkan keluar surat pemecatan. Bole lantik tersiratnya termasuk kuasa pemecatan.

    ReplyDelete
  6. CERTA MACAM NI PUN JADI LAH UNTUK MELEGAKAN NAJIB UNTUK ELAK DARI CERTA 1 MDB

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...