Friday, 1 April 2016

Sombong Sungguh Pemimpin BN Sarawak Ni..

Politik kebencian yang cuba disebarkan oleh pembangkang dalam usaha menembusi Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 tidak akan mendapat tempat dihati rakyat di Bumi Kenyalang.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof apabila menaruh keyakinan usaha pembangkang yang mengamalkan politik seperti itu tidak akan berjaya.

Menurutnya, rakyat Sarawak yang majorti mempunyai pelbagai kaum dan anutan agama bukan sahaja mencintai perpaduan dan keharmonian malah turut memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Sarawak cukup matang untuk membezakan antara ‘kaca dengan permata’. Pembangkang hanya menabur perasaan benci terhadap kerajaan dan tidak membawa sebarang hasil berbanding BN yang mengamalkan politik perpaduan, keharmonian dan kestabilan.

“Malah kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Mohd Najib telah menyediakan peruntukan terbesar dalam sejarah untuk negeri Sarawak serta kerap datang ke Sarawak untuk meninjau sendiri keperluan rakyat dan mendengar suara hati rakyat di negeri ini,” katanya yang dipetik dari laman portal UMNO-Online.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menambah, kerajaan BN ‘cakap serupa bikin’ dan ini dapat disaksikan bukan sahaja dengan peruntukan pembangunan yang besar untuk Sarawak, malah projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM16.5 bilion dari Telok Melano ke Miri, kini dalam pelaksanaan.

Justeru, tegasnya pembangkang yang kini dilanda pelbagai masalah dalaman dan tidak sehaluan sesama mereka, janganlah ‘bermimpi di siang hari’ kerana seluruh jentera BN akan bekerja keras untuk memastikan Sarawak akan terus kukuh sebagai kubu kuat BN.


Sumber


Addin:

Bagaimana boleh jadi pengerusi Pemuda BN Sarawak? Sudah berumur 53 tahun. Kat Sarawak tiada pemimpin muda yang berkaliber lagi ke?




Jom turun beramai-ramai!!






4 comments:

  1. dia tuduh pembangkang guna teknik benci bn .....dia pun guna teknik sama ...benci pada pembangkang....... tak ada idea lain yang lebih positif ke...????????????????????????

    ReplyDelete
  2. saling membenci lah tu namanya....

    ReplyDelete
  3. rakyat swak undi lg bn. terimalah padahnya utk berpuluh2 tahun akan dtg. belajarlah dr pengalaman org semenanjung

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...