Thursday, 14 April 2016

Sepandai-Pandai Tupai Melompat.. Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar

Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan semua anggotanya.

Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin mengenai perkara itu adalah tidak berasas, bohong dan menyeleweng daripada pandangan jawatankuasa itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Seng Giaw juga mendakwa, PAC tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa Najib tidak bersalah.

“Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” katanya dalam kenyataan bersama Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.

Seng Giaw mendakwa, kenyataan Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA, baru-baru ini tidak mencerminkan persidangan PAC dalam siasatan 1MDB.

Laporan PAC langsung tidak menyebut bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.

Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar

“Sebaliknya, Ketua Audit Negara dan PAC mendapati berlaku banyak perkara amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB.

Katanya, PAC tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

Minggu lalu, Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA dipetik berkata, siasatan PAC mengenai 1MDB tidak menemui sebarang bukti menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa oleh Perdana Menteri.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat secara konsensus oleh anggota PAC yang terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang, lapor Free Malaysia Today.




3 comments:

  1. aku dah agak sbb dr tan seng giaw tentu tau perkara sebenar happened.

    ReplyDelete
  2. aku dah agak sbb dr tan seng giaw tentu tau perkara sebenar happened.

    ReplyDelete
  3. dia lupa ada nya hari pembalasan nanti.dia bolih menipu rakyat tetapi dia tak bolih menipu Allah.tunggu solan malaikat nanti.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...