Sunday, 10 April 2016

Sebelum Di Gantung DCA, Rayani Air Gantung Syarikatnya Sendiri Tetapi Tidak Sah..

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar surat penggantungan operasi sementara kepada syarikat penerbangan Rayani Air pada esok (Isnin)

Ia adalah susulan kegagalan Rayani Air memenuhi syarat DCA, selain bertindak menggantung perkhidmatan mereka tanpa membuat sebarang permohonan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mana-mana syarikat penerbangan tidak dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan syarikat sendiri.

"Saya sangat kecewa dengan Rayani Air kerana tidak menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

"Mereka sudah diberi notis sebanyak dua kali, tetapi tetap gagal memenuhi syarat DCA," kata Liow selepas Majlis Sambutan Hari JPJ di sini, pada Ahad

Katanya, untuk menggantung perkhidmatan, syarikat penerbangan itu perlu memohon kepada DCA sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh penggantungan.

Sementara itu, turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, dan jelasnya, tindakan penggantungan sementara Rayani Air adalah di bawah peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

Kata Azharuddin, ia adalah bagi pihak DCA melakukan audit bagi melihat syarat yang ditetapkan telah dipatuhi oleh Rayani Air dan jika tidak dipatuhi, DCA akan melaksanakan arahan susulan.

Ini juga peluang bagi Rayani Air untuk menjelaskan tindakan yang adil.

Terdahulu, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia itu memaklumkan tentang keputusan menggantung operasinya berkuat kuasa Jumaat bagi rancangan penstrukturan semula perkhidmatannya lapor Awani.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...