Monday, 4 April 2016

Rupanya Wan Azizah Tak Sanggup Tengok Muka Mahathir..

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan menjelajah Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Buat masa sekarang tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk bersama Dr Mahathir dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia.

Beberapa pemimpin tertinggi pembangkang termasuk dari PKR telah menyatakan kesediaan untuk bersama bekas Perdana Menteri itu mengadakan jelajah anti-Najib ke seluruh negara.

Dr Mahathir pada 29 Mac telah menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah yang turut disertai pemimpin PKR, AMANAH, DAP dan kumpulan penentang dalam UMNO.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan secara terbuka sedia bertemu dengan Wan Azizah bagi membincangkan cara menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun, Wan Azizah dikatakan enggan berjumpa dengan Dr Mahathir, dipercayai kerana sejarah hitam yang berlaku kepada keluarganya pada 1998.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...