Sunday, 17 April 2016

Rupanya Najib Mudah Lupa.. Saksikan Pendedahan Ini

Rupanya Najib Mudah Lupa.. Saksikan Pendedhan Ini. Semua pihak diminta berhenti melemparkan sebarang tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyalahgunaan dan skandal 1MDB.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata demikian setelah Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan derma RM2.6 bilion itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Katanya, tuduhan yang dibuat sebelum ini jelas semata-mata untuk menjatuhkan imej Najib sebagai Perdana Menteri.

“Kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri hanya sumbangan dari kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan lagi berikutan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang dilakukan oleh SRC International Sdn Bhd.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat langsung dalam pengurusan kewangan syarikat 1MDB,” katanya.

Rupanya Najib Mudah Lupa.. Saksikan Pendedhan Ini

Terdahulu, Adel Al-Jubeir dalam satu kenyataan mengakui sumbangan dana kepada Perdana Menteri memang datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku,” katanya, lapor FMT.

Punyalah pelbagai bukti telah didedahkan sehingga ke hari ini dan ianya tidak terjawab pun. Tiba-tiba Menteri Luar Arab Saudi yang sebelum ini mendakwa duit tersebut merupakan pelaburan dan setelah jumpa Najib baru mengatakan duit tersebut sebagai derma.

Mungkin mereka ini mudah lupa apa yang mereka perkatakan sebelum ini tetapi rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan dedak-dedak yang ditaburkan oleh mereka ini.

Saksikan pendedahan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi di SINI.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...