Wednesday, 27 April 2016

Rupanya Ini Calon MB Baru Terengganu?

Rupanya ini calon MB Baru Terengganu? Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee disebut-sebut bakal dilantik menjadi menteri besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Mohamad Razif Abdul Rahman.

Bahkan, biodata beliau sebagai bakal MB baru mula disebarkan menerusi laman-laman sosial khasnya Facebook dan Whatsapp.

Ini ekoran tindakan Istana Terengganu menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada MB Razif pada Jumaat lepas.

Nama Mohd Jidin mula disebutkan sebagai bakal ganti Razif sejak beberapa bulan lalu lagi melalui perbualan mulut ke mulut.

Selain Mohd Jidin Shafee, nama Datuk Rozi Mamat, Adun Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri sekarang juga disebut-sebut sebagai bakal MB yang baharu, namun beliau telah menafikannya.

Namun sehingga kini tidak dapat diketahui apakah laluan akan diambil untuk mencapai hasrat kepada perlantikan ini. Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menghadap Tuanku Sultan Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, ada tiga pendekatan yang boleh diambil untuk menyelesaikan krisis yang ada di Terengganu sekarang.

Rupanya ini calon MB Baru Terengganu? Pilihan itu adalah menukar MB kepada yang baharu, membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri, kata Syed Azman dalam satu kenyataannya.

Menurut sebaran yang dibuat dilaman sosial, Mohd Jidin dilahirkan pada 4 April, 1955, di Kuala Terengganu. Hasil perkahwinan beliau bersama To’ Puan Hajjah Zaimah bt. Ab. Aziz, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata

Pengajian beliau bermula di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dalam bidang Sijil Pengajian Islam.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudiannya beliau meneruskan pengajian untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di Institut Tadbir Awam Negara dengan mengambil Sijil Pengurusan Awam.

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Kaji Cuaca (Persekutuan) dan seterusnya mengorak langkah dalam perkhidmatan awam ke jawatan yang lebih tinggi.

Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada tahun 1991. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Negeri Terengganu pada tahun 2008.

Antara jawatan beliau dalam komponen Parti UMNO ialah Ketua Umno Bahagian Setiu, Terengganu. Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Biro Latihan UMNO Malaysia dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Setiu, Terengganu. Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Beliau juga pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau menerima Darjah Mulia Seri Melaka ( D.M.S.M ) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga antara penerima Anugerah Pangkat Kolonel Kehormat RELA dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi Baru Felda (ABFM) Malaysia 2007.

"Selamat Bertugas MB Baru," kata sebaran itu.

Rupanya ini calon MB Baru Terengganu? Hari ini mesyuarat mingguan Exco  berjalan seperti biasa  di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.

Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi.

Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Isnin.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...