Sunday, 24 April 2016

Rayani Air Rancang Pecat Awal Kami

Rayani Air rancang pecat awal kami. Seorang kakitangan Rayani Air yang terbabit dalam ‘perang mulut’ dengan Ravi Alagendrran mendakwa pemilik penerbangan patuh syariah itu telah lama merancang untuk memberhentikan pekerja.

Pengurus Stesen Rayani Air di KLIA2, Zulkalnain Azdan berkata dia tidak terkejut dengan kenyataan Ravi kerana mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air itu merancang memecat pekerja sebaik sahaja mengumumkan operasi syarikat itu ditangguh.

Ravi memberitahu akhbar The Star semalam, beliau merancang untuk memecat separuh kakitangannya dalam usaha memulihkan syarikat.

Beliau juga berjanji untuk membayar gaji pekerja selepas selesai urusan penjualan sahamnya dalam Rayani Air.

Rayani Air rancang pecat awal kami. Ravi memegang 51 peratus dalam saham syarikat penerbangan itu yang digantung operasi selama tiga bulan bermula 11 April lalu oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Zulkalnain mendakwa, Ravi sebenarnya sengaja tidak mahu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya dan gaji pekerja untuk Mac yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 juta.

“Memang dia sengaja tak nak bayar KWSP daripada mula. Lepas tu bila dah buat sidang media, baru nak bayar.

“Baru dia mengaku nak bayar duit KWSP sekali dengan gaji kakitangan,” katanya kepada FMT.

Rayani Air rancang pecat awal kami. Dalam pada itu, Zulkalnain turut menjawab kenyataan Ravi bahawa dia dilantk sebagai Pengurus Stesen di KLIA2 kerana desakan kakitangan syarikat.

Katanya, dia mendapat jawatan itu kerana ada kekosongan selain pernah dijanjikan oleh rakannya yang terlibat sejak awal penubuhan Rayani Air.

Pada Jumaat lalu, Zulkalnain membuat sidang media dengan mendedahkan kepincangan dalam pengurusan syarikat yang didakwa berpunca daripada kelemahan Ravi yang tiada pengalaman dalam industri penerbangan.

Dia yang mendakwa mewakili kakitangan lain mendesak Ravi menjual saham kepada pelabur baharu supaya operasi Rayani Air dapat disambung semula, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...