Saturday, 30 April 2016

Rahsia Adenan Satem Untuk Raih Undi Kaum Cina Di PRN Sarawak Terbongkar

Rahsia Adenan Satem untuk raih undi kaum Cina di PRN Sarawak terbongkar. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan ‘habuan’ besar bakal menanti masyarakat Cina di negeri itu sekiranya mereka sanggup berubah memilih Barisan Nasional (BN) pada 7 Mei ini.

Pada Majlis Ketua Menteri Bersama Pengamal Media ketiga di sini, beliau mempertimbangkan jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk komuniti itu, terutamanya kepada wakil SUPP, selain lebih banyak jawatan Kabinet negeri.

Sebelum DUN Sarawak dibubarkan pada 18 Mac lalu, suara masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak hanya diwakili oleh Datuk Seri Wong Soon Koh sebagai menteri penuh serta Datuk Lee Kim Shin sebagai menteri muda.

Turut dilantik menjadi menteri dalam kalangan SUPP, parti kaum Cina dalam komponen BN Sarawak ketika itu ialah Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Dr. Jerip Susil — kedua-duanya pun cuma sebagai Menteri Muda.

Rahsia Adenan Satem untuk raih undi kaum Cina di PRN Sarawak terbongkar. “Kita sedia pertimbang beberapa jawatan… tapi masyarakat Cina mesti beri kemenangan kepada SUPP. Jika kamu (kaum Cina) mahu wakil SUPP ada dalam Kabinet, kena sokonglah.. kalau tidak mahu, sokonglah DAP,” katanya.

Menurut sumber dalaman, Adenan sebagai Pengerusi BN Sarawak pernah membayangkan untuk mewujudkan kembali beberapa jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi membantunya menggerakkan jentera pentadbiran negeri.

Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian
“Jawatan timbalan ini bukan mewakili masyarakat Dayak dan Cina sahaja malah turut mewakili masyarakat Melayu. Maksudnya jawatan ini masih terbuka kepada tiga pemimpin kanan parti selepas saya,” jelasnya lagi.

Ia jelas merujuk Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian bertanding di kerusi Batu Kawa yang kini dipegang DAP diwakili oleh Christina Chew Wang See dan cuma menang 543 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 lalu.

Rahsia Adenan Satem untuk raih undi kaum Cina di PRN Sarawak terbongkar. Untuk PRN kali ini, SUPP bertanding 13 kerusi majoriti kaum Cina di bandar susulan prestasi terburuk parti itu ketika PRN pada 2011 lalu apabila ia hanya mampu menang enam daripada 12 kerusi dipertandingkan.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bakal menyaksikan kekosongan selepas PRN ke-11 kali ini berikutan persaraan Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas beliau berkecimpung daripada arena politik negeri sejak 1978.

Tidak mempertahankan kerusi Layar yang diwakilinya sebelum ini, beliau sebaliknya menyerahkan kepada anaknya, Gerald Rentap Jabu untuk bertanding di kerusi tersebut dan menentang calon PKR, Vernon Kedit.



4 comments:

  1. Nampak sangat semua ahli politik gila kuasa pabila ada janji hendak bagi jawatan mereka sanggup masuk longkang dan lumpur kerana hendakkan tanda x dikertas undi.itulah sikap pemimpin politik sekarang mereka bukannya berjuang untuk kebajikan rakyat dan pabila telah berkuasa semua akan berubah dari apa yang dikatakan semasa dalam berkempen dan janji yang telah ditaburkan.

    ReplyDelete
  2. selama ini mengapa tak bagi....??? ...tipu helah ni tak boleh percaya ......!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Menawarkan jawatan Timbalan Ketua menteri untuk meminta sokongan bangsa cina kepada BN? Apakah faedah yang bakal dinikmati oleh rakyat dari perlantikan itu sedangkan rakyat masih lagi diperhambakan dan dibelenggu kemiskinan? Lihat lah kepada Semenanjung, Perdana Menteri adalah Si Bugis dan apa yang orang2 melayu dapat? Masih lagi miskin dan melarat sehingga kerajaan terpaksa memberikan BR1M untuk meneruskan kehidupan sedangkan pemimpin UMNO menjadi billionaire! Dan yang lebih teruk lagi orang2 melayu yang sudahlah miskin lagi melarat, terpaksa pula membayar cukai GST yang tinggi bagi menampung pembaziran dan penyelewengan pimpinan UMNO!

    Apa yang rakyat perlukan bukan jawatan yang dikhaskan kepada sesuatu bangsa tetapi para pemimpin yang amanah, jujur bertanggungjawab serta prihatin kepada masalah rakyat, nilai2 yang langsung tak ada pada ahli2 politik BN terutamanya yang berada dalam UMNO mahupun PBB. Keadaan sosial dan ekonomi negara telah membuktikan bahawa kepimpinan dibawah BN dan UMNO serta parti komponen mereka tidak membawa kebaikan untuk negara dan rakyat. Sudah sampai masa generasi baru ahli2 politik dilantik untuk menerajui negeri dan negara dan sudah semestinya generasi2 baru ahli2 politik yang bagus untuk rakyat tiada pada BN dan parti komponennya. Masa untuk berubah dan masa untuk menolak parti2 yang korup!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Menawarkan jawatan Timbalan Ketua menteri untuk meminta sokongan bangsa cina kepada BN? Apakah faedah yang bakal dinikmati oleh rakyat dari perlantikan itu sedangkan rakyat masih lagi diperhambakan dan dibelenggu kemiskinan? Lihat lah kepada Semenanjung, Perdana Menteri adalah Si Bugis dan apa yang orang2 melayu dapat? Masih lagi miskin dan melarat sehingga kerajaan terpaksa memberikan BR1M untuk meneruskan kehidupan sedangkan pemimpin UMNO menjadi billionaire! Dan yang lebih teruk lagi orang2 melayu yang sudahlah miskin lagi melarat, terpaksa pula membayar cukai GST yang tinggi bagi menampung pembaziran dan penyelewengan pimpinan UMNO!

    Apa yang rakyat perlukan bukan jawatan yang dikhaskan kepada sesuatu bangsa tetapi para pemimpin yang amanah, jujur bertanggungjawab serta prihatin kepada masalah rakyat, nilai2 yang langsung tak ada pada ahli2 politik BN terutamanya yang berada dalam UMNO mahupun PBB. Keadaan sosial dan ekonomi negara telah membuktikan bahawa kepimpinan dibawah BN dan UMNO serta parti komponen mereka tidak membawa kebaikan untuk negara dan rakyat. Sudah sampai masa generasi baru ahli2 politik dilantik untuk menerajui negeri dan negara dan sudah semestinya generasi2 baru ahli2 politik yang bagus untuk rakyat tiada pada BN dan parti komponennya. Masa untuk berubah dan masa untuk menolak parti2 yang korup!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...