Tuesday, 5 April 2016

Fakta Menarik Skandal Banglo Lim Guan Eng

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menjalankan siasatan ke atas Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini dan mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari pejabat perbadanan itu.

Difahamkan, operasi itu dipercayai ada kaitan dengan skandal pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang hangat dibincangkan ketika ini.

Menurut laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber sebagai berkata, pegawai penyiasat itu dipercayai datang dari Putrajaya.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo mengesahkan anggotanya tidak menyertai operasi terbabit.

Untuk itu, beliau tidak menolak kemungkinan operasi itu dianggotai pegawai dari Putrajaya.

Dalam pada itu, Penasihat Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Lee Kah Choon berkata, petugas PDC telah diarahkan untuk memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM.

Jelasnya, ia adalah prosedur biasa untuk SPRM menjalankan siasatan di agensi berkaitan dan jika pegawai SPRM pergi ke PDC, petugas perbadanan itu akan memberi kerjasama penuh.

Guan Eng juga adalah Pengerusi PDC.

Bulan lalu, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendakwa banglo yang dibeli Guan Eng di Jalan Pinhorn mempunyai nilai pasaran RM4.27 juta.

Banglo itu telah disewakan pada harga RM5,000 sejak 2009.

Guan Eng berkata, beliau membeli banglo itu pada harga RM2.8 juta, dengan mendapat RM2.1 juta pinjaman daripada bank untuk membiayai banglo itu, manakala baki RM700,000 lagi dibayar tunai.

Guan Eng turut mengakui wang itu adalah hasil pendapatan dan elaun yang diperolehinya sebagai Ketua Menteri, Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

Beliau kemudiannya menyewa banglo itu pada harga RM5,000 sejak 2009.




Addin:

Jikalau semua kes SPRM bertindak macam ni kan bagus.. apsal kes Lim Guan Eng SPRM bertindak begitu cepat sedangkan aduan pemimpin BN mereka lambat bertindak.




1 comment:

  1. Lembu akan bergerak mengikut arahan tuannya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...