Tuesday, 26 April 2016

Punca Sebenar Sultan Mizan Lucut Gelaran MB Terengganu Tersebar?

Punca sebenar Sultan Mizan lucut gelaran MB Terengganu tersebar? Semenjak semalam, ramai orang perkatakan tentang Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ditarik kurnia oleh Sultan Mizan Zainal Abidin. Razif pula tak nak ulas pasal isu ini. 

SUK tutup mulut. Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said. 

Aku dapat maklumat, daripada geng UMNO teganukita bahawa murka sultan bermula pada 21 April 2016 lalu dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Tabungan SSPN-i kepada Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. 

Mengikut sumber tersebut, teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu, dikatakan memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu. 

Punca sebenar Sultan Mizan lucut gelaran MB Terengganu tersebar? Seramai 500 pelajar miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). 


Ahmad Razif berucap dalam majlis bersama Sultan tersebut terdapat fakta dan figura di dalam ucapan tersebut adalah tidak benar serta tidak menepati fakta sehingga perkara tersebut menyingong perasaan sultan. Untuk 'cover' UMNO Terengganu cuba menyalahkan tukang buat teks ucapan. 

TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dijadikan 'kambing hitam'. Siapa pula nak jadi MB Terengganu selepas ini dikalangan UMNO? lapor blog Haji Hassan Omar.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...