Friday, 29 April 2016

Punca Muhammad Ibrahim Dilantik Gabenor Bank Negara Tersebar

Punca Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara tersebar. Istana Negara menegaskan, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dimaklumkan, tidak ada nama lain, selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

“Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya ‘pusingan U’ dalam urusan pelantikan jawatan itu tidak benar sama sekali.

Punca Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara tersebar. Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing kononnya berlaku ‘pusingan U’ dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM, bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara Sabtu ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei ini.

Najib berkata, pelantikan Muhammad Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, lapor Bernama.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...