Tuesday, 19 April 2016

Pujian Pada Nazir Razak Merupakan Kejian Pada Najib

Pujian Pada Nazir Razak Merupakan Kejian Pada Najib. NGO anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M) memuji langkah Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Nazir Abdul Razak yang mengambil cuti sementara menunggu semakan dalaman mengenai peranannya berhubung pengagihan pembayaran AS$7 juta bagi pihak abangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazir, dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 CIMB Group, mengesahkan beliau akan bercuti untuk memudahkan semakan dalaman itu dilakukan.

Presiden TI-M, Akhbar Satar berkata percutian Nazir Razak itu akan membolehkan semakan dalaman yang bebas dan tadbir urus yang baik.

Menyifatkanya sebagai satu langkah yang betul, Akhbar berkata rakyat Malaysia yang lain sepatutnya mengikuti contoh yang baik seperti itu.

"Pemimpin yang baik mesti memimpin melalui teladan," katanya sambil dengan menambah bahawa dengan mengamalkan sifat 'cakap serupa bikin', akan membuat 'anda menjadi ikutan orang lain".

"Apabila pemimpin mengatakan satu perkara, tetapi melakukan yang lain, mereka menghakis kepercayaan - satu elemen penting kepimpinan yang produktif," katanya kepada Malaysiakini.

Pujian Pada Nazir Razak Merupakan Kejian Pada Najib

Akhbar berkata, TI-M kagum dengan keputusan bijak Nazir Razak untuk menggalakkan tadbir urus yang baik dan tidak mempengaruhi siasatan yang berkaitan dengan beliau.

Semalam, Nazir mengesahkan sedang bercuti bagi membantu semakan dalaman berkaitan pemindahan wang AS$7 juta yang dilapor diterima daripada abangnya Najib.

Nazir Razak berkata, jika beliau tidak bertindak demikian, bank itu tidak dapat beroperasi pada tahap integriti tertinggi.

Katanya bantuannya mengedarkan wang bagi pihak abangnya Datuk Seri Najib hanya diberikan sekali sahaja, lapor Malaysiakini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...