Sunday, 17 April 2016

Presiden PAS Perkecilkan AMANAH

Presiden PAS Perkecilkan AMANAH. PAS tidak bimbang dengan kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) kerana parti itu cuma parti serpihan PAS yang tidak mendapat sokongan ramai umat Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, AMANAH yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti hanya disertai sekumpulan kecil penyokongnya.

“Mereka yang keluar PAS menubuh PAN di mana ahlinya tak sampai satu peratus daripada 1.1 juta ahli PAS sekarang,

“Tak sampai satu peratus jumlah mereka. Kita menganggap sebagai serpihan,” katanya dalam satu temubual dengan wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

AMANAH ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Presiden PAS Perkecilkan AMANAH

Bekas pemimpin PAS terbabit disingkirkan kerana dilihat terlalu cenderung dengan agenda DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertentangan dengan prinsip Islam.

AMANAH, DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan bagi mengeluarkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

Menjawab satu soalan lain, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama semula dengan DAP sekiranya parti itu menerima pelaksanaan undang-undang hudud.

DAP menentang kuat cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam itu di Kelantan dengan menyifatkan hudud sebagai undang-undang kuno dan zalim.







1 comment:

  1. Kalau orang jahil bersifat sombong dan bongkak kita tak hairanlah. Namun bila seseorang ada ilmu ugama bersikap demikian maka hilang hormat orang awam kepadanya. Lazimnya seorang yang berilmu ugama semakin tua semakin tunduk, semakin dihormati dan semakin dikasihi. Orang tua ni tak layak untuk semua itu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...