Saturday, 9 April 2016

Portal Pro BN Mynewshub Kantoi.. Saksikanlah

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berlakon akan cuba menagih simpati apabila beliau meletak kedua-dua belah tangan dibelakang seolah-olah digari ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pada Rabu lalu.

Peguam Rafizi Ramli, Saiful Izham Ramli berkata, arahan memegang pergelangan tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua- dua lengan dipegang kemas kiri dan kanan oleh pegawai polis merupakan amalan biasa polis bagi situasi di mana orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya bagi tertuduh tidak dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar.

“Ia bukan perbuatan ‘lakonan’ atau ‘wayang’ atau ‘menagih simpati’ tetapi prosedur biasa pihak polis dalam membawa Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kategori ini ke mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budi bicara pegawai polis yang mengiringi,” katanya menerusi Facebook.

Beliau membuat penjelasan itu apabila Rafizi Ramli dilemparkan tuduhan berlakon dan cuba menagih simpati rakyat kerana cuba menunjukkan seolah-olah digari ketika dibawa ke mahkamah.

Malah, beberapa pemimpin politik pembangkang mengecam dan mengkritik pihak polis kerana mendakwa mengari Rafizi sedangkan beliau bukan penjenayah.

“Bertanyalah pada yang tahu dan faham prosedur dari membuat andaian atau kesimpulan yang hanya menjerumuskan kita ke lembah fitnah,” kata Saiful Izham lagi.

Rafizi Ramli direman tiga hari yang berakhir hari ini dan kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana membocorkan maklumat yang mengaitkan 1MDB sebagai punca kelewatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membayar gratuiti kepada pesara tentera.


Silat lihat video di SINI.


Artikel atas adalah yang disiarkan FMT semalam yang menjawab isu tuduhan berkenaan Rafizi main wayang. Ikuti berita portal berita mynewshub yang kantoi ni..


KUALA LUMPUR – Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli mengaku tindakannya meletakkan tangan ke belakang sewaktu diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu lalu menyebabkan beliau kelihatan seolah-olah sedang digari pihak polis. 
Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengaku beliau ada meminta pihak polis menggari tangannya tetapi pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) tidak memenuhi permintaannya. 
Beliau memberi alasan membuat permintaan digari bukan untuk berlakon dan mendapatkan simpati orang ramai tetapi kononnnya untuk mengelakkan pegawai dan anggota polis yang mengiringinya dikecam UMNO dan pegawai tertinggi polis kerana tidak menggarinya. 
“Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari. 
“Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Pemimpin pembangkang itu dikecam teruk oleh masyarakat kerana seolah-olah berlakon dan berbohong untuk menagih simpati dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang seperti digari ketika diiringi polis di Mahkamah Putrajaya pada 6 April lalu. 
Bagaimanapun, pengakuan terbuka berhubung isu itu secara tidak langsung menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh penyokong Pakatan Harapan kononnya polis memberi layanan buruk ke atas Rafizi. 
Pengakuan bertulis Rafizi itu juga secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada penyokongnya yang enggan mempercayai gambar yang mendedahkan Rafizi sebenarnya tidak bergari sewaktu dibawa ke mahkamah. 
Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu menghadapi tiga pertuduhan di dua buah mahkamah berbeza membabitkan dakwaan beliau berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan tohmahan fitnah terhadap Tabung Haji. 
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pada itu mengaku beliau dilayan secara professional dan berhemah sewaktu di lokap serta bilik soal siasat sehingga ke lokap mahkamah dan Lokap Bersepadu Jinjang. 
“Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya,” dakwanya lagi.

Artikel asal mynewshub di sini.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...