Friday, 22 April 2016

Pesta Ganja Di Serbu Polis

Pesta Ganja di serbu Polis. Polis berjaya mematahkan kegiatan tidak bermoral sekumpulan remaja dipercayai terlibat dalam aktiviti pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun, kelmarin.

Pesta ganja itu berjaya dihentikan, selepas empat lelaki berusia 18 hingga 27 tahun ditahan di sebuah wakaf berhampiran kawasan rekreasi terbabit, kira-kira jam 5.40 petang Rabu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, polis turut mendapat maklumat penganjuran pesta itu, selepas ia tersebar di laman sosial sejak 12 April lalu.

“Semasa serbuan dilakukan, dua suspek memakai baju tertera ‘DAMAI’ dan hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 13 batang rokok gulung yang dipercayai berisi daun ganja dan satu paket plastik gula-gula mengandungi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis sama.

Pesta Ganja di serbu Polis. “Ganja yang dirampas adalah seberat 22.3 gram yang dianggarkan bernilai RM250,” katanya selepas upacara majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Besut yang baru, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi di Dewan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, semalam.

Rosli berkata, polis tidak menolak kemungkinan dadah berkenaan diperoleh dari luar daerah itu.

Pesta Ganja di serbu Polis. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Rosli berkata, pihaknya masih meneruskan pemantauan pesta “Full Moon Beach Party” yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian, kelmarin.

Katanya, hasil pemantauan selama dua hari yang dijalankan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak mengesan sebarang aktiviti, seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebelum ini, lapor Bernama.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...