Sunday, 3 April 2016

Peristiwa Ini Amat Memalukan Pakatan Harapan.. Saksikanlah!!

Nampaknya amarah dalam kalangan pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir Mohamad masih berkobar, apabila ada yang menyampaikan serangan tersirat terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam ucapan mereka.

Lebih buruk, ada serangan yang dibuat sebaik selepas Mahathir selesai berucap dan sedang turun dari trak yang dijadikan pentas ucapan.

Pemimpin PKR, Badrulamin Bahrom yang ditugaskan membaca doa penutup, sempat berucap, “semoga Tuhan memberikan balasan kepada “mereka yang zalim” ketika mereka masih hidup.”

“Kamu ingat kamu Mahafiraun, tapi Mahafiraun pun tenggelam dalam lautan. Kamu ingat kamu Mahazalim, tetapi Tuhan akan hancurkan orang yang zalim,” katanya.

Mahazalim’ dan ‘Mahafiraun’ adalah nama yang digunakan pembangkang untuk merujuk kepada Mahathir, terutama ketika era Reformasi selepas ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kabinet pada 1998.

Malah, Badrulamin dalam bacaan doanya berkata, “Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar, dan yang terus memenjarakan Anwar.”

Ketika Mahathir selesai memberikan ucapan dan masih di pentas, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dengan nada bergurau berkata, “Jangan bimbang, Tun sudah berusia, dia takkan jadi Perdana Menteri semula,” yang mana katanya itu disambut ketawa hadirin.

Segelintir penyokong turut menjerit meminta Mahathir supaya berhenti.

Dengan menutup mulut mereka, mereka melaungkan perkataan “Reformasi!” dan “Undur Mahathir!” dari belakang pentas ketika ahli politik veteran itu berucap.

Kebanyakan mereka adalah ahli PKR termasuk Badrul Amin sendiri sebelum diumum untuk membacakan doa penutup.




Addin setuju dengan pendapat penulis muda ini..

APA BEZA KITA DAN DIA?

Mungkin saya akan dikecam teruk untuk siri tulisan mesej untuk rakyat kali ini. Namun saya tetap mohon ampun dan maaf jika ada yang berbeza pendapat atau pendirian dengan apa yang bakal saya coretkan, saya juga tidak mahu menipu diri.

Hari ini saya bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia yang telah turun ke jalanan dalam menuntut agat GST itu dimansuhkan. Itulah realiti apa yang perlu ditanggung oleh seluruh rakyat dalam negara hari ini.

Himpunan hari juga telah membuka sebuah lembaran baru apabila turut dihadiri oleh seseorang yang pernah menerima gelaran maha firaun dan maha zalim dalam eranya mentadbir negara. Dia jugalah insan yang bertanggungjawab kepada segala kerosakan yang berlaku hari ini. Dia ialah bekas perdana menteri ke 4, Dr Mahathir Mohamad.

Namun apa yang ingin saya perkatakan ialah bagaimana acara kemuncaknya. Selesai Tun M berucap dan sebelum bersurai, ada satu slot bacaan doa. Ianya secara peribadi sangat mengecewakan saya sendiri. Doa tersebut hampir separuh menyebut soal salah Tun M. Sedangkan dia sendiri dibawah turut menadah tangan dengan doa tersebut. 

Kawan-kawan yang kenal saya tahu apa pandangan saya tentang Tun M. Saya tidak sempat membesar dizaman reformasi untuk bergelar reformis, namun saya ada akal dan rasa dan hingga saat ini bebas Anwar dan Rakyat saya pegang sebagai salah satu prinsip perjuangan. Tapi janganlah hingga kita seolah menggunakan kehadirannya untuk kita melunaskan dendam. 

Saya mengaku jadi antara yang tidak menadah tangan. Kembali kepada soalan tajuk tulisan ini, jika Tun M pilih mengaibkan DSAI suatu masa dulu dan kita pula pilih memgaibkan dia dimasa sekarang, apa beza kita dan dia? Jawapannya mudah, kita tiada beza dengannya.

Sekian, terima kasih.


Muhammad Syafiq Azmi
Pengarah Komunikasi
Pemuda Amanah Negeri Melaka


7 comments:

  1. cuba fikirkan. jk najib undur dan slps dipilih pm baru, mahathir kembali sokong umno. lepas tu dia serang pembangkang balik. apakah ini tak mungkin berlaku.

    ReplyDelete
  2. ego manusia tak pernah turun...tukerlah lawan tetap lawan kepada dendam tetap dendam.

    ReplyDelete
  3. biarlah sejarah menulis sendiri apa faktanya kita hanya mengharapkan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Yg penting kini kita satu matlamat walaupun berlain politik iaitu membuang bisul2 yg blh menyebabkan barah. Menyingkirkan si petualang dr terus membebankan rakyat. Menyingkirkan si petualang dr terus merompak dan menghabiskan harta negara

    ReplyDelete
  5. maaf saya menumpang menjadi penyebok kat sini dan maafkan saya terlebih dahulu kalau pandangan dan penilaian saya tersilap. Mungkinkah agaknya semua kemelut yang berlaku sejak akhir-akhir ni menguntungkan orang bukan melayu? sebab kita tak nampak persepakatan bangsa melayu pun dalam setiap isu yang menjadi bahan pertikaian, saya tak pandai politik tapi saya bimbang kalau dalam suasana yang tidak 'stabil' seperti ini ada golongan 'petualang' yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh demi kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Mungkinkah ada pihak yang sengaja mahu suasana yang semakin 'tidak terkawal' memudahkan mereka melaksanakan agenda jahat mereka ? tentu ada yang bertanya : apa agenda tu ? kalau agenda jahat itu mudah diketahui umum ianya bukan lah agenda jahat lagi bukankah begitu ? apa pun maafkan saya kalau tersilap

    ReplyDelete
  6. salam addin.. sorry.. peristiwa yg amat memalukan tu.. apa peristiwa tu?..
    sorry la.. gua tak paham apa dia yg memalukan sangat tu.. tapi nampaknya kwn2 lu yg upload komen2 nampaknya mcm paham betul apa dia kejadian yg memalukan tu..
    gua agak.. perkara yg memalukan tu berlaku bila badrul amin tak herdik mahathir dlm bacaan doa penutup.. mohd sabu pulak jadi memalukan bila dia tak terajang je mahathir tu jatuh kebawah pentas.. betul ke?.. addin.. lu betul2 fikir ke yang badrul amin.. atau mohd sabu.. or penceramah yg lain akan bertindak sebaliknya.. dlm minda addin yg suci mulus tu.. bagaimanakah susun atur kejadian dan kelakuan yg sepatutnya berlaku diatas pentas tu demi mengelakkan berlakunya peristiwa yg amat memalukan?.. btw.. kenapa addin perlu berada di sana?.. semata2 nak memerhatikan perkara2 yg obvious berlaku?.. addin.. juga kwn2 addin.. entah kenapa.. kamu semua lansong tak sebut ttg apa bendenye maklumat yg disampaikan oleh penceramah2 tu.. ye la.. termasuk la mahathir.. entah apa la biji butiran ucapan mahathir tu sebelum doa penutup oleh badrul amin kan?.. kenapa lansong tak sebut?.. lansong tak penting agaknya.. tapi addin tentu fikir ada sesuatu yg cukup penting.. jika tidak addin tak pergi kesana.. kan?.. apa dia tu ?.. addin.. atau adakah addin mmg dah jangka akan berlakunya perkara yg amat memalukan tu.
    dengar ni manusia jahil.. otak kecil.. lu takkan mampu meletakkan diri lu dlm keadaan yg "ikhlas" dan "tulus" bila lu sengaja hadiri perhimpunan dgn niat semata2 untuk menghina orang.. lu tak lula melakukan apa2 pun pada masa tu.. so.. ada apa alasan addin lu ulat sampah.. ada apa alasan lu berada kat situ... lu amat mengecewakan... addin.. lu sepatutnya duduk sahaja dirumah.. bukan buat perkara2 yg hanya akan merosakkan hati dgn hasad dengki dan rasa benci.. seterusnya lu cuba menyebarkannya di internet.. mempengaruhi kwn2 lu yg percaya akan keikhlasan lu.. lu tanamkan pwrasaan benci dan sifat munafik kedalam diri mereka.. harga atas kepwrcayaan yg mereka berikan... addin.. lu bole pegi mampos!!!..

    ReplyDelete
  7. addin.. gua nak tgk komen gua kat page ni.. bwrtanggungjawablah akan perkara yg lu karang dan postkan secara umum begini.. gua hanya org biasa.. tangani gua di sini juga..pertahankan maruah lu..jadilah pejuang.. se
    perti yg lu fikir diri lu tu.. dan tangani gua.. jgn jadi pengecut dan teruskan posting di page ini.. gua bagi lu amaran.. upload komen gua di page ni.. atau stop menulis apa2 sahaja lagi disini.. kerana lu takde tanggungjawab

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...