Tuesday, 19 April 2016

Pengerusi PAC Ubah Laporan 1MDB Dakwa Tony Pua

Pengerusi PAC Ubah Laporan 1MDB Dakwa Tony Pua. Ahli Parlimen pembangkang dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendakwa pengerusinya, Hasan Arifin mengeluarkan dua ayat penting daripada laporan akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ayat pertama terkandung dalam sebuah perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Manakala ayat kedua mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu.

Bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Tony berkata, maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

Pengerusi PAC Ubah Laporan 1MDB Dakwa Tony Pua

“Kami mengadakan mesyuarat. Semua setuju. Malah, beliau (Hasan) setuju untuk siarkannya. Tetapi, apabila laporan akhir diedarkan, dua ayat itu didapati hilang.

“Siapa yang padam dan kenapa?” soal Tony.

Beliau turut terkejut dengan tindakan membuang satu lagi ayat di muka surat 25 laporan itu.

Ayat itu berbunyi: “Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat milik seorang individu yang tiada kaitan dengan PetroSaudi Group.”

Tony mendakwa, ayat itu telah diluluskan semua anggota PAC dalam draf mereka, namun ia tidak kelihatan dalam laporan akhir itu.

Sebaliknya, laporan akhir itu hanya menyatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi telah memberi dokumen-dokumen menyatakan Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.

Pengerusi PAC Ubah Laporan 1MDB Dakwa Tony Pua

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw (DAP), Ahli Parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas (PKR) dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong (PKR).

Tony berkata, Hasan perlu menjelaskan kenapa beliau tertinggal ayat-ayat itu.

“Kami akan tunggu beliau berikan alasan, sebelum fikirkan langkah seterusnya,” katanya.

Beliau juga mendakwa, perbincangan-perbincangan itu turut hilang daripada rakaman Hansard yang dikatakan penting untuk memberi gambaran lengkap siasatan PAC ke atas 1MDB.

Sehubungan itu, beliau menggesa Hasan mencetak semula satu set lengkap prosiding Hansard di Parlimen, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...