Wednesday, 6 April 2016

Patutlah Secepat Ini Rafizi Ramli Ditangkap Di Bawah OSA

Patutlah Secepat Ini Rafizi Ramli Ditangkap Di Bawah OSA. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.

Akta Rahsia Rasmi adalah akta yang diwujudkan khusus untuk mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".

Seseorang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Rafizi Ramli ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.

Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.

Patutlah Secepat Ini Rafizi Ramli Ditangkap Di Bawah OSA

Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.

Khalid yang memberi respon perkara itu berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.

Rafizi Ramli turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.

Anggota Parlimen Pandan itu turut mendesak Khalid memberi jaminan tersebut kepadanya.

Selain Rafizi Ramli, ahli PAC dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga adalah pengkritik lantang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1MDB, bagaimanapun, mendakwa tuduhan terhadap firma itu adalah bermotifkan politik.





2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...