Tuesday, 26 April 2016

Patutlah Khairy Jamaluddin Tiada Gelaran Dato'..

Patutlah Khairy Jamaluddin tiada gelaran Dato'. Khairy Jamaluddin mengakui kurang selesa apabila diberikan gelaran dan pingat Datuk atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen.

Menurutnya, beliau lebih selesa untuk berkhidmat untuk rakyat dan melibatkan diri dalam kancah politik tanpa sebarang gelaran, selain merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk menerima apa-apa gelaran.

“Kalau boleh, selagi saya dalam politik dan berkhidmat, lebih baik saya berkhidmat tanpa sebarang gelaran…Saya Menteri Belia dan Sukan, ketua pemuda, saya kekok bila ada gelaran..,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Khairy turut merasakan beliau masih terlalu muda untuk menerima gelaran Datuk memandangkan sumbangannya terhadap negara masih belum mencukupi.

Patutlah Khairy Jamaluddin tiada gelaran Dato'. “Ia terlalu istimewa, saya melihat penerimanya mestilah kepada seorang yang layak untuk menerima dan diri saya masih tidak layak.

“Sebab saya berumur 40 tahun, baru bermula kerjaya sebagai seorang menteri selama tiga tahun dan saya tidak anggap apa yang dibuat selama tiga tahun ini atau ahli Parlimen biasa melayakkan diri saya untuk memegang gelaran Datuk,” ujarnya lagi.

Tidak terhenti di situ, Khairy merasakan budaya mengejar gelaran ini bukanlah satu perkara yang baik untuk dijadikan contoh buat generasi muda.

“Saya melihat ramai yang kejar gelaran yang mana saya rasa terlalu muda tidak buat apa-apa dalam kerjaya mereka yang melayakkan mereka memegang gelaran datuk.

“Sudah jadi budaya kejar gelaran, bagi saya benda ini bukan sesuatu perkara yang baik untuk kita sampaikan kepada generasi muda,” ujarnya, lapor FMT.



2 comments:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...