Thursday, 14 April 2016

Patutlah KBS Bagi Hadiah Ciput.. Ini Sebabnya

Patutlah KBS Bagi Hadiah Ciput.. Ini Sebabnya. Selepas mendapat kritikan hebat di media sosial, susulan jumlah wang yang ‘ciput’ diberikan kepada pemenang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) 9 April lalu, Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, program tersebut tidak seharusnya dijadikan isu, apabila nilai hadiah kemenangan telah dimaklumkan kepada semua peserta oleh pihak penganjur.

Malah Khairy berkata, keluarga peserta sendiri tidak mempersoalkan nilai hadiah yang akan diterima sebaliknya kepuasan untuk anak-anak mereka itu lebih penting.

“Segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai.

“Rata-rata parents (ibu bapa) yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya sebentar tadi.

Program tersebut, telah menjadi bahan jenaka di laman sosial, apabila pemenang bagi kategori 15 tahun menerima pingat dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta pingat.

Patutlah KBS Bagi Hadiah Ciput.. Ini Sebabnya

Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima pingat dan wang tunai RM40, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta pingat.

Khairy akui jumlah wang yang diterima peserta adalah kecil, namun ia tidak perlu menjadi ukuran kerana yang lebih penting menguja minat kesukanan dan semangat persaingan dalam diri kanak-kanak itu sendiri.

“Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” katanya, lapor Free Malaysia Today.




3 comments:

  1. Setuju sangat sebabb bakinya boleh guna utk sponsor umrah.

    ReplyDelete
  2. biasa le ..... 1malaysia kan ? peruntukan besar tapi sana kena sedut ...sini ikut sedut ....akhirnya ciput .... dan belanja untuk pegawai lebih besar dari peserta....!!!!!!!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...